2009/02/10

Tiene & Zaki's Wedding; Custom in Malay Marriage

Pada 7hb Februari yang lepas Aq telah menghadiri resepsi Tiene dan Zaki di Muo, Johor. Tiene merupakan sepupu kepada Cat. Resepsi kali ini adalah sangat berbeza bagi Aq kerana resepsi yang pernah Aq hadiri, kerna resepsi kali ini mengambil berat adat perkhawinan Melayu yang semakin dilupakan. Pada majlis pernikahan dan malam berinai Aq tidak menghadirinya kerana berlangsung pada jumaat malam sabtu. Aq hanya hadir pada hari resepsi.

Mungkin sekarang susah hendak kita jumpa adat "toll". Acara "toll" sebenarnya acap kali Aq nampak apabila Aq menghadiri resepsi di sekitat Muo. Sebelum mempelai lelaki memasuki rumah untuk bersanding, mempelai di tabur dengan tepung tawar. Kemudian mempelai lelaki dikenalkan tol sebanyak tiga kali. Saudara-mara mempelai perempuan akan meghalang mempelai lelaki dan melepaskannya setelah mendapat "duit toll". Adat "toll" ini secara tidak langsung dapat mengeratkan ikatan saudara-mara.

Adat kedua adalah jarang Aq lihat ialah tabur tepung tawar dan baling duit syiling daripada kedua mempelai. Sebelum ini juga Ayah Aq pernah memberitahu berkenaan adat ini. Wah memang seronok kemeriahan. Mungkin tujuaan adat diadakan adalah bagi memeriahkan majlis. Seronok betul melihat sanak-saudara kedua mempelai berebut-rebut duit, coklat dan tepung balingan kedua mempelai. Memang meriah ditambah pulak gelak ketawa keriangan sanak saudara.

Pada belah malam, ada diakan makan berdamai bersama-sama sanak saudara. Kedua mempelai akan menganjurkan majlis makan-makan. Di samping itu akan dihiburkan dengan dedangan lagu daripada DJ. Mempelai dipaksa menunjukan bakat nyanyian. Ayah Aq cakap dulu-dulu, live band akan mendendangkan lagu dan kemudian diadakan joget lambak. Pada malam itu Aq teringin sangat melihat joget lambak akan tetapi tiada seorang yang mahu memulakan hanya nyanyian karoke yang menghiburkan. Aq juga telah dipaksa tetapi Aq berjaya mengelakan diri dengan menyorok di belakang di dalam rumah.

p/s: Adat menemani mempelai tidur akan Aq membebel pada post akan datang.

4 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

jid...nnt bila ko da kawen..ko main baling duit jugak bleh?..not 100 jer..nnt aku standby paling depan...

Irfan Jani berkata...

Hihi. Baling not 100, jangankan anak orang, mak ayah orang lain pun berebut juga nanti.
Tempat aku baling gula-gula ja. Senang cerita. ;>

aiyrie berkata...

Assalamu'alaikum,

"Adat dijunjung, Maruah dijulang"

Itulah orang dulu-dulu. Buat sesuatu ada rahsia disebaliknya.

Tapi ada jugak yang salah guna adat untuk kepentingan sendiri, sampai penah keluo paper satu ketika dulu. Kerana penjaga tol dia belajar dari tol PLUS kot, mintak tol melampau-lampau.

Tapi, kita ambil iktibar lah dari sejarah. Sekarang adat tol kembali dengan cara yang betol. [ehem! sebab mentri tol suda tuka kot]...

Yazid Husain berkata...

to hint

huhuhu. aq balik duit syling dari tabung aq.

ha ha ha

to sang pelangi

kalu not 100 huru-hara majlis. he he he

to aiyrie

salam

betul tu setuju. duit toll paling tinggi pun rm 2 je. he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails