2008/12/17

X-Gig At City Plaza, Johor Bahru. Rawk!!!



Keadaan Hujan membuat keadaan hambar mula-mula. Mungkin crowd masih dalam mode ingin tidur. Sesi Open Band telah dijayakan dengan 3 band. First band Wested Room, band kedua Statik rasanya dan band ketiga The Rahman. Semasa The Rahman perform suasana hangat mula terasa. Drahman Aq kenal pada awal Januari lalu di mana ketika The rahman membuat persembahan di Taman Universiti.

Kemudian Killeur Calculateur membuat persembahan. Hu hu hu. Tidak amik shot sebab Aq terlupa hendak cas bateri Nikon D 40X Aq. Adeh. Serba hitam menarik lagunya segar dan baru.

Kemudian Pesawat. Budak-budak (crowd) ini semakin mengila dengan mosh sana-sini. Adeh Aq kena cover D 40X Aq daripada terlanggar dan terjatuh. Adeh. Risau-risau.

Lalu. Aq buat keputusan untuk rempuh back stage walaupun tiada sebarang pass. Dapat juga Aq shoot daripada backstage puas hati. Dekat. Mudah. Dan tidak perlu risau lagi. Makin lama makin mengila budak-budak ini. Memang best. Layan kepala betul diaorang ini. Jiwa musik. Pesawat memang best siap pesawatkan butang (button) Pesawat. Sukalah siapa yang dapat itu.
Sebelum Aq kena halau dengan Bodyguard. Sempat Aq shoot SevenCollar T-Shirt sedikit masa tengah tune. Aq buat-buat pergi toilet. Tak bestlah kena halau. Malu seh. Sigh.
Kemudian Aq datang kembali. Sempat juga Aq tengok Naza The Times tune gitarnya. Memang klas The Times ini. Semasa The Times di stage. Budak-budak ini semakin mengila. Abis pagar kena jaga. Akhirnya Aq dapat masuk backstage dengan kebenaran. Kena manis mulut sikit. Bro, one shoot please?. Okay balas bodyguard. Thanks.
Best. Semua bersahaja. The Times. Rawk!!!. Crowd JB. Rawk!!!.
Naza siap pengumum bahawa akan menamatkan zaman dudanya? Betui ke? Ini kena tanya sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Atas permintaan crowd yang rawk. The Times setuju untuk menyanyikan sebuah lagu terakhir bertajuk Nostalgia Curang Rok N Roll. Naza "lagu ini ditujukan kepada siapa yang curang, curang itu indah ahaks". Memang rasa hendak mengagis, masih kecewa lagi. Siapa yang tahu mesti hendak mengagis. Last band, from JB, Laila' Lounge. Memang dinantikan akan tetapi Vox Laila's, Hadi Pengecat Bintang kurang sihat tidak boleh menyanyi. He he he. Khecewa Ali.




Memang layan Mawar Khayalan, Wajah dan Facal. Best memang best.

p/s: Selamatkan Musik Kita!

10 ulasan:

sTefEnO berkata...

Panassss....tu. Muzik malaysia dah memberangsang kan tapi kenapa muzik indie jer, mana yang lain??? Aku rindu kan muzik rock 90an (ya...termasuk rock kapak)Tapi bukan dari adnan abu hasan dan adik bradik dia. Dan kenapa lagu2 HUJAN macam lalok jer..

en_me berkata...

ahaha, rock abes erk.. sakannns

Yazid Husain berkata...

to stefeno

act indie adalah musik yang bergerak bebas. ada saja yang daripada genre lain seperti rock, emo, melodhic, progresif, brit pop dan etc etc

to en me
memang layan. rawk!!!

A t i Q a h berkata...

Aku dengan gig memang tak kacip. Hahah.

shandye. berkata...

"curang itu indah"? hotak dye...
huhu...
anyway... aku mmg suke sangat band pesawat tuh... their ep sangat melecurkan otak...
karang klu dh balik bangi klu ada gig yg seswai dgn jadual aku...
dan klu pesawat ada dlm line-up tuh... wajar aku serang...
lalalala (sambil skipping, makan kuaci dan ngumpat pah bedah semua dalam masa yg sama)

Sitie BUm BUm berkata...

pegi rock the world x nanti?

Fairuz berkata...

pergi tak ajak aku pon..

Yazid Husain berkata...

to atiqah

he he he. kacip?

to inchek shandye

curang itu indah maksudnya diperlilah tu. he he he

pesawat memang best. buckle up

to sitie bum bum

tak pergi rasanya. ada wedding

to fa

he he he. sorry. ko tido masa tu dalam hujan malas nak ajak. he he he

Fndy berkata...

haha. aku g sorg2 je time ni.

arghh aku miss masa The Rhaman peform. datang lambat. huhu

Yazid Husain berkata...

datang lewat, haah hujan kan masuk tu. Drahman best.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails