2008/12/12

Where I Should Go?

Bulan Disember merupakan bulan yang penuh dengan cuti bagi tahun ini, mula-mula diberi cuti raya haji, cuti krimas dan cuti awal muharam. He he he. Di tambah pula cuti yang dipohon pada 24 haribulan Disember dan 26 haribulan Disember. Maka bulan cuti sekolah di penuhi dengan aktiviti yang dianggap bersejarah seperti berkhatan beramai-ramai, berkhatan sambil menangis, berkhatan sendiri, majlis kenduri, resepsi dan majlis antar tanda.

Maka di sini Aq ingin fokus kepada majlis perkhawinan. Pada 13 haribulan Disember ini Aq mendapat tiga jemputan rasmi daripada rakan-rakan MRSM Muo (Muarian 00). Mereka ini kira kenalan ketika di MRSM Muo. Sekarang ini Aq dalam delima hendak pergi resepsi yang mana. Jika Aq ada ilmu ninja sudah pasti ketiga-tiga resepsi Aq pergi. Walaupun resepsi semuanya di Johor akan tetapi jarak anatara satu tempat ke tempat adalah jauh.

Resepsi pertama di Bukit Pasir, Muo. Apai dan pasangnya. Kad jemputan berwarna unggu. Ada tiga bahagian lengkap dengan doa, peta, dan gambar sarung cincin. Apai merupakan budak Science 1 kenalan rapat Fa. Apai telah menjemput kesemua Ahli Teratak 42.

Resepsi kedua di Ladang Paloh, Kluang. Enal dan pasangnya. Kad jemputan berwarna puteh. Simple dan berbentuk booklet mengandungi peta dan gambar kedua mempelai. Enal kira classmate Aq di MRSM Muo. Aq terkejut mendapat sms menanyakan alamat rumah lalu Aq bagi alamat Teratak 42, selang berapa hari Aq mendapat kad jemputan daripada Enal.


Resepsi ketiga di Rengit, Batu Pahat. Mambai dan Shida. Kad jemputan berwarna kuning. Ada dua bahagian sahaja lengkap dengan doa, gambar mempelai dan peta. Mambai merupakan classmate daripada SMK Rengit. Mambai dan Shida merupakan schoolmate di MRSM Muo. Aq sudah survey-survey rakan yang lain. Ramai yang akan melepakan diri di Rengit kelak. Bolehlah Aq jumpa rakan-rakan daripada SMK Rengit dan Muarian 00 yang lain.

p/s: Btw, taniah semoga kekal ke anak cucu dan syurga.

4 ulasan:

circleinspoon berkata...

mana yang rapat ngan kau lah.

aku pun sabtu ada g umah org kawin kat kulai

izzati fuad berkata...

pergh..banyak gal jemputan. huhu.

tape2. yg x dpt pegi tu, pegi resepsi kawen anak dia. huhu

shandye. berkata...

ble plak lewr nk tengok kad jemputan tuan tanah yek?

ngee...

Yazid Husain berkata...

to circleibspoon
semua rapat mana yang sempat sahaja pegi. he he he

to missyizzati
betul tu. idea yang bagus juga

to inchek shadye
hahahaha. lambat lagi sabor eh. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails