2008/11/28

25 Year's Old Dilemma


Sedang Aq leka beryahoo messenger semalam. Lalu Empbhone menanyakan soalan yang benar-benar membuat Aq kembali ke zaman berlajar dahulu, "Apa definition delima 25 tu eh?". Mungkin Aq pernah bercerita kepada Empbhone suatu ketika dahulu. Sebenarnya definasi ini lebih kepada apa yang Aq rasa daripada pengalaman yang lepas-lepas dan ketika Aq berkawan dengan orang-orang yang melepasi umur 25 tahun.

Ketika itu, Aq baru sahaja memcecah umur 20 tahun. Aq rasa pelik apabila seorang rakan Aq bernama D bukan nama sebenar, berkelakuaan pelik apabila mendengar khabar bahawa kawan di semanjung akan mendirikan rumah tangga. Kepelikan itu bertambah apabila acap kali mencerita hubungan D dengan Exs si D ini lah. Si D mula bercerita kerisauannya yang masih tidak mendirikan rumah tangga berbanding dengan rakan lain. Akan tetapi di luar si D nampak tenang dan bersikap happy go lucky. Si D akan mencerita kegelisahan apabila mula mendapat jemputan khawin dan mendengar khabar rakan-rakan yang berkhawin. Perkara ini berlalu sepanjang umur 25 tahun si D.

Kes kedua, apabila Aq berkawan dengan G bukan nama sebenar. Ketika itu, Aq menumpang rumahnya. Menjelang umurnya 26 tahun, si G mula menunjukan sikap seperti si D pada awalnya. Si G mula gelisah apabila mendapat khabar rakan-rakannya mula melangkah kepada alam perkhawinan. Si G pun ada bercerita kegelisahannya, tetapi pelik apabila pergi kenduri khawin si G berkelakuan seperti biasa tampak tenang. Kegelisahannya mula muncul di malam hari.

Di situ mula tercetusnya idealogi Delima 25 Tahun. Aq mula berpendapat seseorang lelaki akan rasa sunyi dan keinginan berkhawin tinggi apabila mencapai umur 25 tahun. Pada mulanya Aq hanya beranggap sinis dengan perkara ini. Akan tetapi bila menjangkau umur 25 tahun rakan-rakan yang sebaya dengan Aq mula menunjukan perubahan ini. Ahaks.

Definasi Delima 25 Tahun :- Adalah di mana seorang lelaki dalam delima ingin berkhawin akan tetapi dia masih single dan perasaan ini akan diluahkan kepada rakan atau teman rapat sahaja. Di luar dia nampak tenang, akan tetapi apabila dia keseorangan dan bersama rakan atau teman rapat dia akan mula mencerita perasaan mereka. Selalu terjadi terjadi ketika 25 tahun hingga sebelum 26 tahun.

p/s: sebenarnya tidak kira usia, delima 25 tahun hanya pada nama. bila sampai masa manusia akan berfikir untuk itu. fitrah. Adam dan Hawa.

p/s/s: rujuk Delima 25, garapan Emphbhone.

10 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

ko kata fenomena 25?..bagi aku mua cecah 22 jer aku dah mula meronta2..haih..susah duhh~~..nak kawin..nak anak..nak kerja besar..kereta besar...rumah besar..huhuhu...

ajathajar berkata...

delima as in dilemma eh?
x semua rasa mcm tu.
cuma sestgh org rs ketinggalan sikit agaknye =)

Yazid Husain berkata...

to hint
itu semua akan kita lalui, so bertenang dah ikut flow je. hehehe

to ajathajar
betul tu. ini berdasrkan peamatan aq sahaja.
hehehe

izzati fuad berkata...

apa jadi kepada orang2 tersebut selepas 26? hehe

Yazid Husain berkata...

kedua-duanya masih bujang sampai sekarang

hihihi

shandye. berkata...

haha... abg aku ternyata sedang menghadapi krisis delima 25 ittew...

ngee...

umur dh 25 tapi calonnyer nan ado...

p/s:- ada sape2 nk berkenalan dgn abg aku? dia seorang QS yg prasan macho bekerja di MMIC di pasir gudang. wahh... takbley blah pomot abg sendiri katanya..

circleinspoon berkata...

huh...kalo panjang umur, tahun depanlah tuh aku hadapi maksalah nih...tahun nih rilek lagih...xdak perasaan idup sengsorang nih.heh...

Yazid Husain berkata...

to mista shandye
he he he. faham kan?

to cirleinspoon
sepi, sepi, sepi pasti akan datang

Tanpa Nama berkata...

huhu.. kedua2nya single dan tak kawen smpi skrg?

peh aku xleh delima 25 la camni, nanti tak kawen.. huhukk..

Yazid Husain berkata...

he he he
dasar pengalaman aq
he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails