2008/11/29

Race Defender


Aq baru sampai rumah di Seremban kerana mahu menghadiri majlis konvo Ap di Shah Alam kesesokan harinya. Aq tertarik tulis yang terdapat pada paper beg konvo tersebut.

Pembela Bangsa

Siapa pembela bangsa ketika seluruh perasaan didera hati dilapah dan jiwa dijajah mati kaku sebagai hamba di tanah pusaka bumi tercinta. Siapa pembela bangsa menyalakan obor ketika ayah seorang penoreh bermula dinihari curah tenaga sepanjang masa, berpenat, meleleh keringat, yang mampu hanya sesuap nasi, menceriakan ramai wajah, membangunkan sejuta impiaan.

Ajaibnya tanah pusaka bumi bertuah anaknya menjadi peguam cara, cucunya menjadi pemimpin negara, cicitnya berniaga ke selatan ke utara, berdialog-petah dan bersahaja terlupa yang baru ketika keturunanya dalam duka nestapa bertarung dengan tanah, pohon, dan gelora hanya untuk membuka mata.

Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa waja
Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa perkasa
Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa mederka

Pintar menunjuk arah jalan pesona gagah membuka pintu seluas dunia, bijaksana mengubah bangsa bermaruah, berharta dan berbangga di tanah perkasa bakal kekal selamanya............(sudah tidak kelihatan tulisan tersebut)

p/s: terharu membacanya.

8 ulasan:

missyizzati berkata...

bila baca tajuk, ingatkan cerita pasal game..hehe

pembela bangsa? siapa?

sTefEnO berkata...

Manusia bisa terlupa pabila di atas dibawah terpinggir tersisih, terlupa asal nya jua dari bawah yang jijik

Yazid Husain berkata...

to missyizzati
pembela bangsa ialah kita genarasi muda yang semakin lupa

to stefeno
setuju benar.

en_me berkata...

hi abang aq ittewww..

mhelmi berkata...

sesuatu yg menarik. Bukan sekadar beg kenangan tp sebuah beg yg mempunyai input.

Yazid Husain berkata...

to en me
he he he. siapa abang itu?

to mhelmi
betul tu. penuh kenangan dan input.

HinT DaRi PerihaL berkata...

aku dari smlm lagi nak komen..tp xsempat...klu aku pompuan lama dah aku tiaq..T_T..

tp harus tahu..pjuang bangsa bukan bermula 1957..itu hanya medium pmudah cara..yg sbenar2nya pejuang sebelum kemerdekaan..tiada ikhtiar lain selain menumpahkan darah..tidak sekali2 tunduk dgn kehendak penjajah..kdg2 kita slalu tlalu berbangga kerna kmerdekaan yg kita kecapi bukan melalui pertumhan darah, tp secara berunding...anda igt..penjajah akan melepaskan negara takluknya jika bakal pemerintah akur dgn undang2&perlembagaan acuan mereka.sbb tu raja kita lebih kepada boneka semata2...

Yazid Husain berkata...

betul. ramai orang kita sudah lupa dengan perjuangan nenek moyang kita. bermandikan darah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails