2008/10/12

Eagle Eye


image from http://www.eagleeyemovie.com

Malam tadi Aq, Cat dan Ali menonton Eagle Eye. Plot ceritanya mengisahkan seorang lelaki yang drop out kolej dan seorang ibu tunggal telah mendapat panggilan misteri. Panggilan misteri membuat kehidupan mula di buru oleh pihak FBI dan Tentera Laut US kerana mereka telah dikalifikasikan sebagai pengganas. Rupakan mereka telah diperalatankan seperti boneka kerana setiap pegerakan mereka diketahui seperti mereka sedang diperhatikan daripada pelbagai sudut, bawah, atas, kiri, kanan, depan, belakang untuk membunuh atau menghapuskan kongress dan presiden Amerika. Rupanya mereka telah dikawal oleh sebuah super komputer bernama ARIA yang membantu pihak pentagon menjalankan aktiviti risikan mereka terhadap pengganas. ARIA sudah tidak boleh dikawal kerana ARIA mampu berfikir secara logik bagi menghapus orang tertentu bagi memwujud negara utopia.

Movie menarik pada permulaan cerita, kerana aksi yang bergitu menarik sambil mereka mengikut arahan ARIA itu. Setelah Aq dapat mengtahui bahawa ARIA adalah watahk antagonis membuatkan Aq menjadi sedikit bosan. Dan ending movie Eagle Eye ini biasa-biasa sahaja. Sila tonton jangan batal niat anda setelah membaca komen Aq ini. Ini hanyalah komen dan padangan daripda Aq sahaja. Mungkin Cat dan Ali mempunyai pandangan lain. Keseluruhan movie adalah 4 bintang daripada 5.

p/s: sementara menunggu tontonan Eagle Eye. Sempat juga bershoping di sisa-sisa sale yang ada. He he he. Lepas ini sudah kena jimat cermat. Kena kawal nafsu bershoping.

2 ulasan:

ajathajar berkata...

x sempat lagi nk tgk eagle eye ni.
mungkin weekend nnt =)

Yazid Husain berkata...

sila tonton. cerita eagle eye, menarik juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails