2008/04/07

7 P.M To 7 P.M

Aq kembali membuat kerja-kerja giler, dalam masa 24 jam Aq sudah jelajah ke beberapa tempat. Dari Seremban ke Port Dickson, kemudian ke Genting, kemudian ke KLCC, kemudian ke Seremban semula. Seingat Aq kali terakhir buat kerja giler bersama rakan-rakan sekitar Jun 2006 ketika Aq pergi ke Penang dalam masa 24 jam juga. Dari Senawang Aq bertolak ke Port Dickson, sebenarnya sudah hampir 6 tahun Aq tidak menjejak kaki ke Port Dickson walaupun Senawang ke Port Dickson hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai.

Di Port Dickson Aq menjadi sedikit kalut kerana di sini terdapat ramai kenalan. Akhirnya hanya makan malam sahaja di Port Dickson. Lantas Aq memberi cadangan untuk bertolak ke Genting. Wah gerak malam ke Genting memang mencabar ditambah pulak memandu kenderaan kepunyaan Cat. Lagi mencabar berbanding memandu di Bukit Putus, Kuala Pilah. Sejuk sesangat di puncak Genting. Kami hanya melihat gelagat manusia yang sibuk di malam hari dengan pelbagai aktiviti.

Kemudian turun ke KLCC untuk merasa Skybridge Petronas Twin Tower. Pagi-pagi buta pelancong asing sudah beratur unutk mendapat tiket percuma yang terhad. Hampir 1 Jam beratur hanya mendapat pengalama10 minit di Skybrige Petronas Twin Tower.




Setelah itu, Aq mengangkat kasut Everlast di Suria KLCC. Sebab Aq terpengaruh dengan kadar promosi yang diberikan. Kemudian ke Kota Damasara sebentar untuk memberikan T-Shirt Teratak 42 kepada Joe. Aq meneruskan perjalanan ke R&R Seremban untuk membersihkan diri dan makan. Tengah lepak-lepak baru badan terasa sengal. Argh!!! tidak Aq terlalu tua untuk melakukan kerja giler ini lagi. Kemudian Aq hanya chill out di Seremban. Sehingga 7.00 p.m di Terminal One. Cat meneruskan perjalanannya ke Muar dan Aq menunggu bas untuk pulang ke JB.

p/s: 2008 adalah Tahun Melawat Negeri Sembilan, Terangganu dan Kedah.

10 ulasan:

Hafifi berkata...

penat gak klu jln jauh dlm masa yang singkat..

Fairuz berkata...

ko pakai kasut baru (everlast ko tu), pastu jalan jalan bawak masuk dalam bilik aku lak. pasni aku nak beli kasut baru semata mata nak pakai dalam bilik ko. haha

Azhar Ahmad berkata...

Huhuhuhu gilalah aq.... Hummm sky bridge saya dah naik.... hohoho

peyus berkata...

24 hrs non-stop trip??
aku ske..dlu laa..zmn2 study dlu..

skg, dh kurg..uhu..

shandye. berkata...

huhu... nama jewr ex-student uitm shah alam...

klcc tuh dh kire tempat wajib singgah utk shopping tapi skybridge tuh haram tak penah berpeluang nk naik.

btw.. diorang ada bagi tiket free eh?

camne nk dapat ek?

huuhuu... kepingin banget sehh...

Tanpa Nama berkata...

mmmm bestnye.. biar penat berjalan2 daripda penat duk sesaje kat umah...

Tanpa Nama berkata...

teringat me citer sean connery dlm entrapment kat bridge ittewww.. mancongkam beb!

Yazid Husain berkata...

to hafifi
ya memang memenatkan. selamat datang

to fa
memang itu impian aq. kalu aq baring kat katil ko sambil pakai kasut baru itu ok tak?

to azhar
he he he. taniah

to peyus
memang penat seh. penat giler

to mista shandye
tiket memang free tapi terhad. syarat mudah beratur seawal pagi kecuali hari isnin. isnin jambatan ini tutup

to tz
best. memang best

to mr. me
memang rasa nak terjun je. nampak semua kecil dari atas

abeming berkata...

eh nampak rambut sket dari belakang je ke...hehehe...

Yazid Husain berkata...

he he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails