Hari ini Aq diberi nyawa awal seawal jam 5.00 a.m., ketika orang lain tengah enak dibuai mimpi, musang-musang baru ingin lelapkan mata dan sebahagiannya sudah melakukan tanggungjawab sebagai insan yang taat pada ajarannya. Lalu otak Aq menghasut untuk mencari ahli Teratak 42, pertama Aq mengintai ke arah meja Kucai. Kosong. Oh baru Aq ingat Kucai ke Pontian bermersa dengan keluarganya. Lalu Aq mengintai ke kamar Geweng dan Panjang. Kosong. Oh Geweng ke KL bersama Ngarip untuk membuat devil contract dengan Geoservices. Lalu mengintai kamar Fa. Kosong. Mungkin Fa mengikut Geweng ke KL. Kosong.
Di bahagian bawah Teratak 42, terdengar suara Datuk Fadilah Kamsah telah berceloteh. Mungkin D melayan rancangan sarapan minda itu. Kosong mindanya. Lalu Aq godek-godek TravelMate 250, akhir-akhir ini TravelMate 250 seakan-akan merajuk apabila Aq memasang niat untuk memadukannya dengan Vaio CR. Di tengah berasa keadaan yang kosong. Suara azan Subuh memecah suasana kosong Teratak 42. Dah lama. Terasa seakan berada di kampung sahaja.
Serba hitam. Seakan meraikan hari pagi yang kosong. Aq bertugas dengan gaya serba hitam. Seakan berkabung. Berkabung. Aq menjalankan tugas seperti biasa. Hari kosong. Terasa seakan jarum jam terasa berat untuk menjalankan tugasnya. Hari kosong. Merupakan hari yang panjang. Aq berdoa semoga krusus Aq di TTDI bejaya mendapat kelulusan. Kenapa lembab sangat dia orang buat keputusan ini demi organisasi juga.
p/s: Sebentar tadi baru pulang dari Agus. Baru Aq tahu kenapa Panjang selalu lepak Agus sebab Agus adalah tumpuan chick-chick Taman U. Kiri kanan chick. Kenapalah budak-budak ini selalu lepak Ayub. Lebih ikut jejak Panjang lepak di Agus. Menarik.
15 ulasan:
where is this agus?
Agus? Lho di mana ya.....
wah. patut la.. ;p
AGUS?semasa aku di utm skudai dulu xpernah ku dengar namanya...dimana ya?
takpe.. di mane ade semut..di situ ade gula..
Selama iz duk kt tmn U, x penah plak dgr nama tmpt Agus. Aq harus membawa iz ke tempat yg bernama Agus tuh... (that's an order... huhuhuhu)
to cirleinspoon
belakang ayub
to azhar
belakang ayub
to fa
chick semua gerek seh
to abeming
belakang ayub, meh turun JB
to tz
tapi kat sana tak nampak semut dan gula. he he he
to faiziq
belakang ayub sahaja, bila mau turun JB
eh jap.
agus...ayub...nih nama tempatla kan? musykil aku kot2 tersalah orang ke...
ayub tuh kat mana plak?
isy. aku nih kalo part lokasi2 skeliling jb nih mmg fail byk
agus temapt makan berhampiran dengan ayub, ini adalahs ekitar taman u sahaja.
jumaat ni iz balik JB lepas abih keje. Ape2 pun, nnt iz call or msg Aq bile dh smpi JB. ok.
alamak besok ke serebam ada urusan disana
ooo.... ok. Ada masa kite jumpe...
aq kat Seremban dan KL sehingga hari selasa. rabu baru ada.
aku pemakan tegar kedai agus tmn u...sape yg belom pernah cuba,aku sarankan korang cuba kedai ni..harga berpatutan..rase,bagi aku,tak pernah merungut..sumer sedap2 balaka...huhuhu..kau utm gak ke..?
Betul Aq sokong kata-kata ko Gie. Salam perkenalan Gie
Catat Ulasan