2008/03/11

Small World


Fuh...... penat. Baru menjejak kaki di Teratak 42 setelah 5 hari berkampung sekitar Seremban, Melaka, Kuala Lumpur. Banyak kisah yang ingin diceritakan sekitar Aq di sana. Semalam adalah paling best sebab dapat jumpa big brother dan blood brother. He he he rakan-rakan seperjuangan mengangkat tangan ke langit bersama dahulu. Lama Aq tidak lepak diaorang, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka sebenarnya kerap jumpa cuma Aq yang jarang-jarang hadir dalam perhimpunan, terkeluar daripada radius dan sentiasa terperuk di selatan tanah air. Rusdhi dan Apit terakhir jumpa mereka pada resepsi Faizal Reza pada Disember 2006. Hampi-hampir setahun lebih. Manakala Das pada Jun 2007 masa resepsi Faydzah adalah dekat-dekat 8 bulan.

Biasalah kalu dah berjumpa berborak-borak dari isu-isu semasa, gosip-gosip baru, chick, travellinglah hinggalah kutuk-kutuk orang yang dikenali sahaja. Kalu berjumpa topik chick mesti tidak lari punya dalam short list perbualan. Apit masih mengekalkan chick sama dan yang lain telah beberapa kali berubah-rubah. Bab ini yang malas sekali, kerana soalan ini mesti sering disoalkan kepada Aq.

Das: Yazid, apa cerita?
(Setelah menceritakan tengah berkawan dengan chick Ampang setelah mengeninkan Rusdhi dengan chick 20 tahun)
Aq: Em....
Rusdhi: Dah ada!
Aq: Baru kawan la. Okeh !
Das: Good. Budak mana? Kerja mana?
Aq: Johor. Kilang buat baja, Pasir Gudang.
Das: Ko biar betul. Apa nama kilang itu.
Aq: Cap kepala gajah merah.
Das: Wei aku bakal BOD kat sana. Kilang member akulah.
Das: Sapa nama budak tu?
Aq: Alamak, what! small world. Ingat duduk Johor dah boleh lari dah!
Semua: Ha ha ha!
Apit: Mana nak lari Malaysia ini kecil sahaja.


Besoknya krusus. Mampus Aq tertidu lagi jawabnya. Borak-borak sampai 3 pagi di Uptown lama.


p/s: Work hard. Paly hard.

4 ulasan:

edriaty berkata...

Hahaha...ye.kecik jek mesia nih.

WEH....AKU NAK GAMBA.....
MANAAAAA...DA RINDU DA NIH....
COME ON LA WEH!!!!!!

Yazid Husain berkata...

to edriaty
penat aq tak habis lagi sabaq skit nor!

to tz
:) :x

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahah, memang best lah kalau berkursus... Hahahha, dulu masa kat OECD course seb baik ada kopi.. Kalau tak, mahunya saya tiduran.....

Yazid Husain berkata...

betul kopi penyelamat tidur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails