2008/03/20

Chill Out At Anjung Warisan

Sudah 2 hari Aq tidak membebel di Bebelan Anak Tukang Jahit. Aq bukan mengalami blogger block tetapi sejak kejadian Aq berstatus pembunuh, Aq mengalami sedikit halusinasi. Menjadi sebab utama Aq tidak membebel.

Semalam atas pelawaan Cat untuk menonton wayang di TGV, Terbrau City. Cat bersama colluegenya, Q, Collin, Miss T dan Miss Kat planing untuk menonton akan tetapi menghormati hari Maulidur Rasul pihak pengurusan TGV telah menamatkan operasi pada jam 7.00 p.m. Aq tiba agak lewat seperti dijanjikan akan tetapi mereka sabar menunggu Aq. Setelah Aq tiba, Q terus melontarkan idea makan di satu tempat yang memainkan alat muzik Angklung ketika para pelanggannya menjamu selera.


Setiba di Anjung Warisan Aq, Walla Aq sangat kagum kerana suasana kampung yang sangat chill dan musik irama Angklung sentiasa mengiringi para pelanggan yang sedang menjamu selera. Rugi Aq tidak membawa D40X. Sebenarnya Anjung Warisan telah pun dikenalkan oleh collegue Aq cuma tiada kesempatan di sana. Aq galakan sesiapa ingin merasakan suasana lain, romantikus, chill dan kampung boleh datang di Anjung Warisan di Larkin dekat TNB Jalan Yayha dan Saujana. Tempat terceruk sedikit tetapi pelanggan sentiasa ada dan penuh.


p/s: Aq memohon maaf terbuka kepada rakan blog semua. Kerana Aq mengalami halusinasi Aq tidak dapat membebel selama 2 hari dan tidak menyumbangkan sebarang komen di blog kamu semua. Mintak maaf.

19 ulasan:

Fairuz berkata...

lorr.. ko tak cakap pon dia bawak kawan dia. kot tak, aku nak aje folo ko skali..

President (wiir2000) berkata...

laju nya fa komen...potong trip tul....
baru ja nk komen, tetiba aku dah jadi orang kedua??? waaa....

aku pun nak folo!

Yazid Husain berkata...

to fa
he he he. bukan ko x suka wayang ke? sebab tak pelawa. lagi masa perjalanan baru dia inform. sorry. next time ok.

to president
he he he. ko lambat 3 minute.

mhelmi berkata...

Anjung warisan nie tempat pengambaran drama bersiri 'Puteri' kan? How's the food there? Sedap?Ape diorg punye trademark menu? Klu ok bleh la aku pi menjamu selera di sane.

Azhar Ahmad berkata...

lahhh, Aq baru sampai ka kat sini?

-fAiZiQ- berkata...

huh.. terkenang plak mkn tmpt camtu kt Danga Bay bersama si dia... hmmm... :-((

peyus berkata...

ya! en.yazid sudah kembali beraksi..

Yazid Husain berkata...

to mhelmi
boleh tahan juga masakannya. biasa sahaja tapi meyelerakan

to azhar
baru tahu, kat situ setakat ini dengar org cakap2 sahaja

to faiziq
he he he. baru balik dari danga bay

to peyus
i'm back. he he he. tidak halusinasi lagi. he he he

izzati fuad berkata...

arituh orang tuh maen lagu 'toxic' gune angklung..sangat cool!

p/s saya melawat sambil belajar..=)

Tanpa Nama berkata...

Pemain angklung itu pernah mendapat pengiktirafan mewakili negara untuk bermain angklung di luar negara, bukan? Siapa namanya ya?

Tanpa Nama berkata...

santai abes.. teringin juga nak makan di sana...

sTefEnO berkata...

X per rilek la kucing tu dah gerenti masuk syurga nyer, & gerenti juga dia berterima kasih pada ko sebab ko dah menyebabkan dia masuk syurga & x payah dia susah payah nak survive dalam dunia lagi so udah2 la hasulinasi ko tu hehehe...

zaidi berkata...

aku ingat ko layan je bau-bauan lavender..ditambah skit dengan serbuk daun ganja..

peyus berkata...

ko mst berada dlm mood yg baik sblm estrella perform..klu x,gmbr yg ko amik nnt x lawa..haha!

Tanpa Nama berkata...

aku sudah seminggu tiada mood.. ntah mengapa sejak akhir-akhir ini kehidupan aku gloomy

Tanpa Nama berkata...

wah, anjung warisan itteww.. restoran 'my friends' kat kempas pun me x gi lagik.. ihihi

Yazid Husain berkata...

to missyizzati
memang best macam-macam lagu diaorang boleh bawa.

salam perkenalan

to sangpelangi
memang ada yang samapi peringakat antrabangsa, tapi masa tu Aq pergi pemain orang baru.

to zaidi
memang layan seperti dapat bal

to peyus
Aq tak pasti nak pergi ke tak sebab Aq tak pasti Estrella or LTB

to kucai
rilex kucai, ceritalah sikit

to mr. me
Aq pun belum pergi My Friend setakat ini lalu sahaj depan My Friend

AngklungMan berkata...

Semuga enjoy layan kawan-kawan main angklung di Anjung Warisan yer.. Sekarang ni dah buka satu lagi caw. di dalam UTM , Skudai.

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails