2008/03/06

300 Celebration Post Entries

Ini merupakan kemasukan entries yang ke-300. Entries ini aq nak tribute kepada familia Aq, rakan-rakan seperjuangan dan blogger semua. Entries ini khas untuk sesiapa yang pernah dan juga tidak pernah meninggal jejak di Bebelan Anak Tukang Jahit. Terima kasih juga kepada blogger yang rajin memberi comment yang membina setiap masa. Terima kasih memberi comment yang positif di Bebelan Anak Tukang Jahit dari masa ke masa. Tak lupa juga kepada pembaca blog yang menjadi tukang komen yang senyap.

Sepanjang entries 201 hingga 300 banyak perkara yang berlaku telah Aq tampal dalam Bebelan Anak Tukang Jahit. Dan sepanjang itu Aq mengenali beberapa pemblog yang aktif seperti; تراتاء نوراني ازهر, Journey Through Heartsong, Luahan Hati Seorang Lelaki, Memang Lumayan, My Story, Ngomel Sikit, Phu Ying's Tiny Winny World, Project Rasso, Sang Pelangi dan Thy's Dowanger. Ada juga berapa kenalan Aq yang baru berjinak-jinak dengan dunia bloging, walaupun mereka baru tetapi hasil nurkilannya mendapat sambutan oleh para pemblog dan pembaca blog. Antaranya ~ZEN Territory~, For Starting and the Beginning of the World, Skeleton Coffee, *Crystal*Sya*, Asrar_Lina, Eqina, Rotten Anorexic dan Salam Ukhuwah

Di sini Aq mahu review sedikit blog yang baru Aq kenal (mengikut susunan abjad);
Blog pertama تراتاء نوراني ازهر, Teratak Nuraini telah bertapak lama di dunia blog, kira orang lama jugalah. Tuan rumahnya telah Aq jumpa sebanyak 2 kali, kedua-duanya di dalam program yang berkaitan industri Bioteknologi. Pertama kali menjumpai di Bio Johor 2007, Persada, Johor Bahru dan kedua di Krusus GLP di Kuala Lumpur. Tuan rumahnya simple sahaja. Jangan di sangka air tenang tidak boleh memberi impak yang besar. Aq amat tetarik dengan kisah seram yang bersambung yang dihasilkan di dalam Teratak Nuraini. Aq masih lagi menunggu kisah seterusnya.

Blog ke-2 Journey Through Heartsong, Miss Huhu tuan rumahnya merupakan bekas pelajar di sekolah angkasawan negara. Dahulu kerap juga di mengudate blognya, tapi kini agak perlahan menceritakan perihal hidupnya. Katanya tengah sibuk dengan Program KPLI di Melaka. Haraplepas jadi cikgu gosip-gosip sedikit kisah-kisah love puppy anak-anak murid. Pasti menarik.

Blog ke-3 Luahan Hati Seorang Lelaki, merupakan trainee dalam office tempat Aq bertugas. Seorang yang tajam pemikirannya, seorang pemerhatinya hebat, kadang-kadang kala suka melawak nakal. Tuan rumahnya berkenalan rapat dengan tuan rumah Teratak Nuraini. Blog berunsur personal mengenai luahan hati seorang lelaki.

Blog ke-4 Memang Lumayan, oh kira orang lama dan pemblog yang Aq hormati. En. Me bagi Aq seorang yang misterius perwatakannya. Tapi Aq amat tetarik dengan entri ketot-ketot, simple dan hanya satu perenggan serta dengan campur aduk sedikit gambar. Aq juga amat tertarik dengan teknik framing yang begitu terpesona ketika menangkap gambar dengan EOS 40-nya.

Blog ke-5 My Story, wah tidak sangka Aq ketemu semula Pn. Mahasuria di dunia blog. Merupakan tukang ajar akaun dan bisnes proposal kepada Aq. Pn. Mahasuria sebenarnya telah membuka minda bisnes Aq. Pn. Mahasuria seorang pensyarah di Kolej Swasta dan merupaka usahawan yang berjaya. Pn. Mahasuria juga Aq seorang motiveter yang terbaik kerana dia mampu menghasut suami meradahi dunia perniagaan.

Blog ke-6 Ngomel Sikit, baru mengenali, kupasan entrinya menarik juga. Totally mengisahan hidupnya. Seorang yang agak berani Aq rasakan. Kalu berdasarkan pengamatan Aq di entrinya, dia seorang photographer, trendy dan metroseksual,

Blog ke-7 Phu Ying's Tiny Winny World, mengenali tuan rumahnya ketika Teratak 42 membuat majlis BBQ. Tuan rumah pernah menolong dan menjayalan majlis BBQdi Teratak 42. Merupakan Kipas-Susah-Mati Lorong Ter-Babas. Karya sangat pedas, mendalam maksud, kadang kala terlalu prejudis dan idealistik. Aq sangat mengagumi nurkilan Phu Ying.

Blog ke-8 Project Rasso, seorang photographer. Yang penting dia seorang Nikonian. Aq sangat kagum dengan teknik framing dia. Aq rasa Aq pernah nampak kelibatnya dia ketika MAKSUM Zapin di UTM pada tahun lepas. Entrinya juga bagus penuh dengan bahasa berbunga-bunga. Dan merupakan calon PUNDAK di parlimen Limbang rasanya.

Blog ke-9 Sang Pelangi, merupakan stundent di negara Jepun. Blognya mengisahkan kisah-kisah hidupnya di perantauan. Kadang-kadang menghasilkan sajak-sajak yang bermutu tinggi.

Blog ke-10 Thy's Dowanger, tuan rumahnya seorang model sambilan. Berasal dan menetap di Singapore. Pernah menjadi mangsa lensa D40X Aq. Dia terlalu obses terhadap diri dan kerap menanyangkan gambar-gambar sedang berpose comel di entrinya setiap hari.

Seterusnya beralih kepada para kenalan Aq, sekarang Aq mahu review kamu semua.

~ZEN Territory~ merupakan new comer dalam dunia bloging, tuan rumahnya merupakan ahli Teratak 42 dan seorang cikgu di SIGS. Sering menjadi watak dalam entri Aq baru-baru ini. Entrinya lebih kepada kisah seorang cikgu yang mengajar di sekolah perempuan.

Seterusnya For Starting and the Beginning of the World, tuan rumahnya memiliki vokal yang best, mengangotai Lorong Ter-Babas. Merupakan ahli Teratak 42. Entri lebih bersifat global menjurus kepada masalah dunia. Dan bakal meninggalkan Teratak 42 atas urusan kerja di Miri.

Em, kehadiran Skeleton Coffee telah memberi impak besar di dalam Teratak 42. Hasil nurkilannya sunggup kreatif. Dalam sekelip mata berjaya mengumpulkan para pembaca yang sering dahaga dengan kopinya. Lukisan kamera doremonnya menjadi ikutan para pemblog lain. Memang menarik.

Rotten Anorexic merupakan kenalan yang berada dan bertapa di UTM. Entri mengisahkan suasana officenya dan kisah hidupnya. Dan mereka ini adalah newish dalam dunia blogging dan Aq mengenali mereka di INSEP, Shah Alam. Antaranya *Crystal*Sya*, Asrar_Lina, Eqina dan Salam Ukhuwah

Pada masa akan datang Aq akan cuba menghasilkan entries yang lebih menarik, lebih idealist, lebih krtikis, lebih kretif dan 1001 words yang lebih menarik. Akan aq kongsi bersama sejarah, masa kini dan akan datang. Aq akan terus menampal entries selagi Aq tidak terputus dengan alam maya. Selagi jiran depan tidak mematikan akuan dia dan membayar perkhimatan. Ha ha ha. Walaupun kadang kala Aq menghadapi sindrom Blogger's Block Aq tetap menampal entries demi memuaskan nafsu para pembaca blog semua.

p/s:Maafkan Aq jika penulisan Aq tidak memenuhi kreteria para pemblog dan pembaca blog pada masa lepas, masa kini dan masa akan datang.

16 ulasan:

kakok berkata...

Ya..sangat kagum dgn Sang Pelangi dan juga 'kamera doraemon' itu..heh!

Yazid Husain berkata...

kagum mereka memang harus dikagumi

Azhar Ahmad berkata...

Hummm, jangan merendah diri AQ, SETIAP ORANG ADALAH UNIK. jADI SEKALIGUS, setiap blog di alam maya ni juga unik...

Ok Aq, saya tuinggu karya ke 500!!!

Ganbatte ne.....

Yazid Husain berkata...

ya memang betul, setiap orang uni dan mempunyai tarikan sendiri. Aq cuma menghargai para kenalan dan bloger yang memberi komen disini. terima kasih atas nasihat yang positif itu

Tanpa Nama berkata...

well done...

-fAiZiQ- berkata...

Setiap org ade kelebihan masing2, begitu juga pada diri Aq.

p/s: hmm... melawak nakal??? Nguahahaha.... G-String Pink Kaler....))))

Fairuz berkata...

taniah encik Yazid ;)

shandye. berkata...

uhukk...
encik yazid...
trimas kerana ada menyebut blog saya yang tak seberapa nie...
kalau nk diikutkan... bebelan saya tue 70% mrapu... 30% saje fakta...
itupun masih ada yg sudi membacanya...
trimas...
hehe...
tetapi saya masih lagi mengekalkan 148% kejujuran dalam blog saya. saya enggan menjadi hipokrit. dan saya rasa itulah mangkin hidup paling afdal.
awak juga harus begitu.
barulah malaysia leh maju (eh.. berbaur politikus plak... ngee...)

teruskan menulis taw?

**sokong encik azhar... saya tunggu entri ke-500 awak...

lalalala (sambil skipping n baca novel sophie kinsella)

Yazid Husain berkata...

to tz
terima kasih

to faiziq
he he he. ko memang suka melawat nakal. thanks

to fa
thanks

to mista shandye
thanks. atas sokong anda kalian. ya kejujuran dan ketulenan mesti dikekalkan

tunggu juga karya yang je 500 en azhar

Tanpa Nama berkata...

dikaternyer 'misteri' gitteww.. ekeke

Yazid Husain berkata...

bukan bergitu ke? setiap amik gambar mesti gamabr muka separuh tak pun tiada langsung.

tapi apa-apa pun tetap respect en me. jangan marah eh en me

President (wiir2000) berkata...

tahniah yazid...300 post entries.. banyak tu....
=p

p/s: xda buat jamuan makan ker?? muahahaha!!!

shandye. berkata...

tuan president???

makan2???

mana???

hehehe...

(sibuk je budak nie nk makan free... ngee...)

President (wiir2000) berkata...

mista shandye, suruh yazid buat jamuan makan..kita dtg serbu.. ahahaha!!!

Yazid Husain berkata...

To mista & president
turun JB dua-dua Aq belanja

Tanpa Nama berkata...

Oh baru perasan blog aku sedang diperkatakan. Tajuk blog Bebelan Anak Tukang Jahit saja sudah membuat aku begitu tertarik dengan perwatakan penulisnya yang suka merendah diri (tapi rupanya motivasi memang cukup tinggi).

Apa khabar agaknya yazid husain kini? Nanti kita bersua jika berpeluang nanti, ya? Lebih mesra lagi, tak gitu? hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails