2008/02/11

Stigmata

Sebenarnya kisah ini Aq cerita pada entri yang lepas akan tetapi Aq merasakan kisah belukar terbakar lebih hangat maka dahulukan kisah belukar terbakar. Selepas selesai melayan Dunia Baru The Movie dengan Ap dan Azderaqei, kami pun pulang serta menreview kembali Dunia Baru The Movie. Aq cuma tidak puas hati tidak mengetahui siapa lelaki lain dalam diari Anizah itu?

Sampai dirumah, kami mendapati Adiq sedang mengigil kepanasan kerana demannya datang kembali. Sebelum kami pergi tadi, Adiq kelihatan sihat-sihat sahaja. Aq terus ke atas, kemudian Ap memberi tahu bahawa Adiq melihat tapak tangan berdarah sambil berkata "Kenapa tangan Adiq berdarah?" Ap melihat tiada darah di tapak tangannya. Dalam hati Aq dah macam stigmata sahaja. Emak cepat-cepat mengejut Ayah supaya menghantar Adiq ke hosiptal. Sebelum ke hospital Adiq meminta sehelai kertas dan sebatang pen. Hati mula berkocah Adiq hendak tulis wasiat ke? Lalu Emak dan Ayah bergegas menghantar Adiq ke hospital.

Adik Aq memang macam kalau deman mesti kronik dan meracau-racau. Di hospital Adiq menerima suntikan dan di masuk air baru paras kepanasan badannya berkurangan. Emak dan Ayah pulang dengan hati tidak gundah lagi. Keesokan hari, cerita menjadi cerita lawak dan sesi keluarga mengetawakannya. Bagi Aq, ia satu misteri sebab seingat Aq kalau Aq deman teruk Aq pun meracau-meracau dan cakap bukan-bukan. Sepanjang cuti CNY Aq merasakan kurang sihat dan kini diserang batuk kokol.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pon baru pulih dari demam selsema..

Azhar Ahmad berkata...

ahahahah, batuk kokol... Aduh misteri sungguh, tengah sakit-sakit mintak kertas dengan pen....

Yazid Husain berkata...

to tz
ooo masih batuk kokol lagi

to azhar
yup... memang misteri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails