2008/02/10

Fire! Fire! Fire!




Ketika sedang menikmati nasi lemak, ayam goreng dan sambalnya kedengaran orang menjerit "Api, Api, Api, Alih keta encik, cepat, cepat!!!". Tersentak dengan jeritan itu, Aq, Ayah, Ap, Emak, Azderaqei dan Adiq keluar melihat apa yang berlaku. Aq terperanjat melihat api semakin buas memakan tebing bukit kecil berhampiran garaj kereta. Ayah Aq mengarahkan mengeluarkan kereta masing lantas Aq menyelamatkan MyVi, Ayah menyelamatkan Savvy dan Ap menyelamatkan Kancil. Aq melarikan MyVi ke padang permainan dan Ayah Aq turut bertindak demikian tetapi yang lawak kerana Ap terlalu panik melarikan Kancil terlalu jauh. Sedar dengan kesilapannya Ap melakukan tindakan yang sama melarikan semula ke padang permainan.

"Sudah telefon Bomba" "Sudah, sudah" jawab jiran Aq. "Terima kasih, kerna beritahu" jawab Ayah. "Saya jalan-jalan sekali nampak itu api" balas jiran Aq. Aq bergegas ke Jalan 3 untuk melihat kejadian lebih dekat lagi. Di atas sana lagi ramai orang berkumpul untuk melihat keadaan lagi dekat. Kemudian kedengaran siren Bomba. Selang beberapa saat sahaja api yang kian membuas dapat dihapuskan. Patutlah bomba dalam dalam bahasa inggeris dikenali sebagai firefighter. Aq mencari juga watak Conan kerana Aq percaya bahawa di mana Conan berada pasti ada pembunuhan dan malang pertaka berlaku. Kiranya Conan membawa kematian setiap watak di dalam siri manga dan animenya.

Setelah api mula malu-malu menunjukan diri, Aq pulang tetapi Aq ditahan dengan soalan "Zid, apa yang terbakar tu?" "Belukar di lereng bukit cik" "Ingatkan garaj keta bapak ko tadi" "Takut merebak ke garaj tu yang larikan keta tu". Emak Fairuz seakan tidak puas hati dengan jawapan Aq lalu dia bertanya lagi "Siapa yang bakar tu?" "Entahlah cik, saya tengah makan tadi tiba-tiba ada orang jerit api, api, api". Persoalannya sekarang tidak tahu punca kebakaran itu, pertama adakah perbuatan budak-budak nakal?, kedua adakah cubaan membakar sampah-sarap secara terbuka?, adakah belukar terbakar sendiri kerana cuaca terlalu panas tetapi kisah berlaku dimalam hari?, mungkin Conan pernah jejak kaki di situ?. Kes ini menjadi misteri sehingga kini.

p/s: akan upload gambar kejadian setelah Aq tiba di JB, TravelMate 2500 Ap kekurangan peralatan untuk dieditkan gambar-gambar tersebut.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ruginya detektif conan takde...hmmm...

edriaty berkata...

semak samun blkg garaj ko ke yg
tebakar tuh.wah.betul2 sbelah
tpt ko slalu park kete kan.sib bek
sempat diselamatkan.kalu x..huhu.
sape la pnya kije tuh...

Yazid Husain berkata...

to abeming
Conan pembawa kematian setiap watak dalam manga/animenya

to edriaty
betul tu dekat-dekat garaj. sempat larikan kesemua kereta

فيصل berkata...

itulah kes pembakaran misteri di malam hari..

Azhar Ahmad berkata...

Bagus juga Conan Edogawa takde, kalau ader kompom ada orang mati....

Yazid Husain berkata...

to fa ya sod lam
pembakaran misteri yang tidak tahu puncanya

to azhar
memang bagus Conan tiada kalu tidak pasti kemalangan jiwa berlaku

Fairuz berkata...

wah. seb baik tiada kemusnahan besar besaran.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ade budak layan blues kat tepi parit smbil hisap rokok.. pastu main lighter plak..

peyus berkata...

hahaha..klu ko nk tau,conan xde sbb g siasat pmbunuhn kt anime Yakitate! JaPan..t'gelak aku tgk..tibe2 die muncul..hahaha..

Yazid Husain berkata...

to tz
mungkin juga

to peyus
memang lawak masa Conan keluar kat Yakitate! JaPan. siap tertikaikan hak cipta lagi. tapi akhirnya badut Periot tu kena cucuk pisau...

circleinspoon berkata...

eeeeeehhh???bile masa conan muncul kat yakitate???? sesungguhnya aku xabes tgk lagih bende tuh

Yazid Husain berkata...

kitaorg layan kat animax. kelakar giler nantikan sahaja eposide

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails