2008/02/03

Kugiran Hujan In Johor Bahru

Sekitar gig Bad Hair Day Part 2, di X-Countech Studio, Jam 3.30 pm hingga 8.00 pm.

First band yang buat performance. Tidak mengetahui nama bandnya. Si Bassist rasa macam baru sahaja kena obat. Ada juga crowd yang turut high dengan aksi Si Bassist juga.

The Finggerfault nama band ini, berasal daripada Melaka. Fa seperti meminati The Finggerfault siap menanyakan demo The Finggerfault. Malangnya The Fingerfault tidak membawa ketika turun di gig Bad Hair Day Part 2. The Fingerfault anda sudah melukakan hati para peminat.

Persona bukannya kereta nasional atau kereta rakyat iaitu Proton Persona tetapi merupakan band yang agak diminati di sekitar Johor Bahru. Persona sebuah band yang semua ahli berasal daripada Johor Bahru.

The Rhaman merupakan band mempunyai vox yang hawtz. The Rhaman seakan-akan ada fan base yang cukup baik. Rata-rata crowd di sini boleh menyanyikan lagu-lagu yang dimainkan oleh The Rhaman. Dengarnya The Rhaman asal dari Melaka.

Lautan manusia. Mamat itu sedang menjerit "Tangkap Aq oi, Tangkap Aq oi, cepat-cepat lah!!!, kan jatuh juga Aq ini". Crowd di sini agak kecoh sedikit biasalah budak-budak sekolah sering buat kecoh dekat tempat-tempat macam ini. Tidak apa nanti satu masa korang akan layan danggut juga.

Hujan melanda di Taman Universiti, Skudai. Crowd semakin liar maka Aq terpaksa keluar dari tempat kejadian dan akibatnya selipar kesayangan Aq terputus di lanyak oleh crowd-crowd di situ. Siot betul. Kugiran Hujan buat persembahan akuastik di kaki lima rumah-rumah kedai sekitar Taman Universiti. Lagu yang didendangkan Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada, Aku Scandal (Meningalkan Aku Sendiri).
Noh Hujan suruh derma untuk Click A Child. Ada juga crowd yang di lindungan bawah kabbah mendermakan wang mereka. Alhamdulillah semoga mereka mendapat keberkatan dalam hidup. The Rainger. Kenapa semua lelaki tidak ada chikas rainger yang hawtz ke?. Siot la. Rugi beli D 40X kalau tidak dapat amik foto yang hawtz, indah dan cantik.
Printed Tee. Lawa la. Hujan mana boleh dapatkan Ludah Amerika ini. Aq nak satu la.

p/s: Selipar pemberian orang akhir terputus. Amat hiba :(. Shelake.

p/s/s: Turut membebel perkara yang sama; As expected Hujan (In Taman Universiti) di From Zero to Zeros, Hujan Turun di Johor Bahru di Skeleton Coffee, Hujan Taman U, Skudai, JB di Menempuh Arus Masa-Life-Photography

20 ulasan:

فيصل berkata...

hehehe.. wanita/bebudak/cia/chicks takde ea.. kalo ada.. tangkap.. takyah upload dalam blog.. meh aku nak tgk puas-puas hahahahahahah..

Yazid Husain berkata...

mestilah ada.

President (wiir2000) berkata...

jgn lupa pos souvenir utk aku...
hehehe

=D

Yazid Husain berkata...

he he he. wokes

- j o h a r i - berkata...

aku nk sgt2 baju ludah amerika tu
kt mana harus kite dptkan sehelai baju tu..
kat mane beb!!

Yazid Husain berkata...

aq rasa kat annex la...

:+:CikPayung:+: berkata...

Meriah bukan =D ngee.. sian selipar putuih... nak cikpayung beli sebelah selipar ganti yg putus tu ka? =)

Yazid Husain berkata...

terima kasih cik payung, aq dah menggantikannnya semalam dengan yang baru tapi rasa tidak sama la...

Tanpa Nama berkata...

tak hujan ke semalam?

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahah, kau memang hebat... Semua kau layan... Eh apsal, masa kita jumpa hari tu, rasa, macam berbeza jer attitude... Multiple identity kah?

Yazid Husain berkata...

to emphbone
hujan lebat
di dalam studio hujan peluh manusia
di luar memang hujan lebat

to azhar
memang berbeza dikala berkerja dan di luar kerja
ketika berkerja mengamal sikap profesialisme sepenuhnya
di luar kerja menjadi diri yang asal. kadang kala orang cakap Aq pandai berlakon. he he he

circleinspoon berkata...

hujan ooo (o.O)

Yazid Husain berkata...

hujan turun dengan lebatnya

Tanpa Nama berkata...

akoo x anti hujan. tp anti super hero dio tuh. ade ke ske2 hati ajak awek org minum2, lyn konsert nidji. ape kes!

Yazid Husain berkata...

he he he. nama pun artis

Tanpa Nama berkata...

Hujan buat show kat Manchaster 2 April ni.. gempak seyh Hujan.. tabek sama mereka..

whoever interested in buying the cd,
please be informed that Hujan will
be performing in Manchester on the 2nd
of April 2008. Any inquiries regarding
the ticketing, venue and time, feel free
to email me at nikmanadli@yahoo.com

Check check rock rock

Yazid Husain berkata...

thanks. for this info.
dan salam perkenalan sang pelangi

peyus berkata...

kewl..haha..

edriaty berkata...

palang....
=D

Yazid Husain berkata...

ko palang sebab hero dia suka-suka ngorat ko kan. sebab tu ko palang kan?

patut tiada chicks raingers masa itu. membazir betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails