2008/01/26

Uniquely Singapore

Baru sahaja pulang dari Kota Singa. Rasanya sudah hampr 10 tahun tidak ke Kota Singa. Kali terakhir ketika Aq berusia 14 tahun itu pun atas urusan resepsi sepupu Aq di Kota Singa. Hari ini Aq ke Kota Singa semula atas tujuan ke Pulau Sentosa bersama-sama dengan colloque Aq.

Setelah terpengaruh dengan iklan Unquely Singapore membuat Aq hendak ke Kota Singa ini. Memang banyak unik dan yang baru. Setelah 10 tahun mesti banyak perubahan di Kota Singa.

Ini adalah Merlion gabungan ikan duyong dan singa. Merupakan lambang dan tarikan pelancong di Kota Singa. Ramai pelancong mengambil peluang untuk bergambar dengan Merlion ini. Kemudian kami berjalan disekitar kawasan ini. Banyak juga bangunan-bangunan yang menarik.

Selepas itu, kami ke Kampung Gelam. Ini merupakan tempat orang-orang Melayu. Banyak makan masakan orang Melayu dijual di kawasan Kampung Gelam. Di Kampung Gelam juga terdapat Istana Sultan, Masjid Sultan dan gerai-gerai yang menjual cendahati denagn tawaran yang menarik. Memasuki Muzium Istana Sultan membuat fikiran Aq terbuka dan mengimbas kembali mengingati warisan nenek moyang yang sudah lama kita lupakan. Membuat hati Aq berasa sedih buat seketika.

Kemudian ke Pulau Sentosa, Aq terus ke Siloso Beach Party. Yeah! Akhirnya Aq jejak Siloso Beach yang sudah lama Aq teringin pergi, malangnya Aq pergi waktu siang dan teringat benar pergi pada waktu malam. Mungkin kembali ke sana pertengahan tahun, kerana aktiviti sebergini dilakukan pada pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja. Pantai, air dan suasana di Siloso Beach memang cantik dan menjanjikan chick-chick yang hawtz. He he he.

Kemudian ke VIVO City, kiranya tarikan terbaru di Kota Singa. Memang penat jika hanya window shoping di VIVO City. Kerana Aq tidak memiliki Sing Dollar yang banyak maka Aq jalan-jalan dengan mata rambang melihat benda-benda murah.

p/s: Besok Aq ke Bangkok atas urusan kerja selama 4 hari. Jika Aq memiliki masa untuk mengudate Bebelan Anak Tukang Jahit akan usahakan kerana jadual Aq di sana sangat ketat. Sawadikap! Arai! Arai!

10 ulasan:

abeming berkata...

Sawadikap!

hmm...aku lum pernah menjejakkan kaki ke sana...tgk gambar pun jadilah...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih yazid..aku dapat keychain.. yeah
aku mahu 'em em' dari bangkok sana

President (wiir2000) berkata...

thanks for the souvenir.. muahaha!!!

- j o h a r i - berkata...

aaaaahhh.. mane key chain aku wei
ko pergi aku x nmpk
ko blk pon aku x nmpk
ko pergi thai aku x nmpk
keychain aku aku x nmpk
aku pon x prnh ke kota singa
sape nk bw aku
sila msg,hahaha

circleinspoon berkata...

aku juga sudah lama tidak ke singapura. takda perasaan pun nak p. kalau aku p pun mebe if *cough* certain group *cough* wat konsert kat sana. haha xD

abeming berkata...

aku pon nak keychain...mana aci cemtuh...

=( =( =(

edriaty berkata...

nak jugak key chain...
kang aku xbelikan rokok arab kang.
heheh..ada masa kita plan g sama2!

Fairuz berkata...

joe, abeming, ati..
padan muke. hahaha

yazid..
thanks key chain tu :)

abeming berkata...

amboi encik yazid ni...pegi singapore kejap je balik ye...pegi thai xnak balik2...hehehe...melekat kat kedai p*l*y*n ke...muahahaha

Yazid Husain berkata...

to abeming
memang ada gambar khas untuk ko

to kucai
sorry kucai. tapi aq bagi duit nilai baht dan sing dollar sebagai pengganti

to president
sama-sama

to johari
ada untuk ko, masa tu ko tiada di rumah sahaja

to circleinspoon
yup event-event kat sana menarik

to abeming
erm...

to edriaty
erm...

to fa
erm... sama-sama

to abeming
aq dah balik cuma keletihan sahaja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails