2007/10/07

Prepration For Raya; Shopping With Kucai And Sya

Ramadhan 25

Apabila Geweng tegur "korang dah sembahyang subuh?" Baru Aq sedar jam telah menunjukkan pukul 6.34 pagi. Fikiran Aq dilayangkan kerana terlalu fokus terhadap menghantar E-Kad Hari Raya (yang boleh menambah side income) melalui comment Friendster. Masa itu hampir 300 profile telah Aq hantar tinggal 150 profile belum Aq hantar E-Kad Hari Raya tersebut. "Sambung besoklah" bisik hati Aq. Kemudian Aq melelapkan diri. Kerana sidrom cahaya matahari Aq belum pulih maka Aq terjaga dalam pukul 8.30 pagi setelah tubuh Aq terkena sinaran matahari. Terus Aq membuka Friendster untuk menyambung tugas yang belum selesai. Aik! Aq dah tak boleh comment kat profile orang. Tidak pihak Management Friendster telah block perkhimatan comment. Aduh macam dia orang dapat hidu niat sebalik menghantar E-Kad Hari Raya tersebut.

Kemudian Aq terus dengan persiapan kedua sebelum raya iaitu membasuh MyVi dan mengunting rambut Aq yang agak serabut. Kiranya "kill two bird with one stone" basuh MyVi di Jason Car Wash dan kemudian potong rambut kat Loreal Studio. Siot betul paksa Aq polish kereta setelah Aq polish sebulan yang lalu. Aq cakap basuh biasa sahaja. Adoi trainee yang potong rambut Aq, dah agak mesti tak puas hati punya. Aq rasa dia potong terlalu pendek. Amoi yang biasa ada pelanggan lain dia terpaksa uruskan. Rasa buruk harap dekat-dekat raya panjang sikit. Selepas semua selesai basuh kereta dan potong rambut. Hari mual mendung dan hujan turun membasahi MyVi yang baru basuh. Melayang 8 ringgit.

Gambar: Beg ada tulisan "jeep" tu untuk Ayah Aq, beg ada tulisan "ata"untuk atuk perempuan Aq, beg ada tulisan "the opening" unutk emak dan adik perempuan Aq. beg yang ada keluar shirt tu untuk atuk lelaki dan adik lelaki Aq.

Aq bersiap-siap ke JJ Tebrau City bersama Kucai unutk misi kita orang hendak membeli persiapan untuk raya. Aq dengan misi membeli barangan untuk parent, adik-beradik, atuk lelaki dan atuk perempuan. Kucai dengan misi kasutnya, t-shirt, d. camera dan shirt. Aq terpaksa meminta bantuan Sya untuk membeli pakaian untuk Emak dan adik perempuan Aq. Mana yang nampak sweet dan matang? Kalau barang untuk Ayah Aq, atuk lelaki, atuk perempuan dan adik lelaki senang sahaja sebab Aq tahu taste dia orang. Cuma Emak dan adik perempuan takut dia orang berebut pulak nanti so kena pilih sama cantik dan padan. Kemudian kami berbuka di Kenny Rogers. Aq berborak dengan Sya sehingga kami tidak sedar Kucai sudah melicinkan pinggannya. Wow. Dah lama tidak hang out dengan Sya. Sya nampak berubah sikit kerana sikap dia yang agak racist ketara apabila Aq mengajak masuk ke dalam Padini Outlet dan cerita pasal HP aq. Akan tetapi perangai Sya yang gila terhadap kasut tidak berubah sama seperti dulu tidak lupa juga perangai dia yang suka belanja makan tidak juga berubah. Thank for Kenny Rogers. Misi Aq selesai hari ini. Kucai masih lagi mencari kasut yang sesuai denga taste dia. Sekarang ini kat JJ Taman U untuk mencapai impian dia. Aq dah larat, penat dan sakit kepala berfikir apa yang sesuai for them.

p/s: Orang ramai berpusu-pusu membeli barangan / persiapan raya yang sesuai dengan budget dia orang.

14 ulasan:

edriaty berkata...

heheh..
balik semban kita sambung soping!yay!

Yazid Husain berkata...

ok sambung shopin' utk beli kasut dan jenas utk aq

فيصل berkata...

hua.. aku dah lengkap.. muahahah baju melayu john master kapitalis serta kasut west-tak-ingat-jenama-die aku dah sebat..s erta stokin.. kamera nampaknye akan ku tunda pada hari yang sesuai.. peh... rambang mata aku....

edriaty berkata...

yazid.
huhu,aku xstart soping lg.

kekucai..
drpd beli digital camera.
bek beli SLR tros.kalu easy payment
pki kredit kad la.bulan2 RM240 for
12 months.heheh.. canon eos D350.

Yazid Husain berkata...

to fa-ya-sod-lam
Aq dah tgok kat bilik ko. wah raya sakn abang ini. taniah jadi mangsa kapitalis JJ. ha ha ha

to edriaty
Aq just nak lengkapkan mana yang tidak lengkap. he he he. tu sambung kat Seremban.

Cai betul cakap edriaty tu... Boelh angkat Nikon D40X

Fairuz berkata...

waa.. best la korang shopping raya...

Yazid Husain berkata...

tiba-tiba je aq ras jadi magsa kapitalis

edriaty berkata...

ok.soping kasut gombak la.
made in mesia.xpon sapot golok la.
hahahha..

Tanpa Nama berkata...

raya sakan ea.. pose cukup tak smua ni? budak ati aku konpem r tak ckup..

edriaty berkata...

tz.
ewah..cam dia konpem cukup la plak.
ada org tu da melantak dlu blom
smpat abis baca doa lg da.. =D

Yazid Husain berkata...

tahun ini aq penuh. yeah

abeming berkata...

isk isk isk....aku xdpt bonus...xdapat shopping raye...harapkan gaji bulan2...cukup mkn je...tunggu raye tahun depan la kot baru bleh ganti baju melayu yang usang dh tu...isk isk isk...

Fairuz berkata...

abeming..
u r not alone..

Yazid Husain berkata...

to abeming & fa
aq juga tidak dpt bonus, harapkan gaji bulanan. ini hasil berkat aq berkerja lebih masa unutk happykan family.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails