2007/10/06

Prepration For Raya; Service MyVi

Ramadhan 24
Hari ini Aq pergi service kereta kat Pusat Service Kereta Bandar Baru Uda. Aq sampai agak lewat dalam pukul 11.30 kerana tersekat di dalam traffic jam sepanjang Taman Tun Aminah dan di bawah Jambatan Perling. Kejadian traffic semakin teruk apabila seorang mamat menungang motor secara tiba-tiba menghalang kederaan yang hampir melanggarnya. Mamat ini terus turun dan mengacu-acukan topi keledarnya kepada pemandu kereta tersebut. Pergh! road bully berlaku depan mata Aq. Setelah sampai seperti biasa mengambil angka giliran dengan menekan butang B keluarlah satu kertas yang mencetakkan angka 530 dan "anda akan dilayan sebentar lagi". Setelah lama Aq berdiri kerana ruang tempat duduk dipenuhi dengan pelanggan lain yang sibuk mengservice kereta unutk perjalanan mereka selamat di hari raya nanti, datanglah minah penasihat service melayan Aq yang sudah penat berdiri ini;

Mps: Encik, hendak service ke?
Aq: Ya, nak service.
Mps: Begini, sekarang pukul 11.30 sekejap lagi waktu rehat mungkin kereta siap dalam pukul 3.00.
Aq: Hah?
Mps: Encik, nak tunggu ke, nanti saya daftarkan
Aq: Ya, tunggu.

Aq dengan blurnya pun daftar untuk kereta Aq di service. Kemudian Aq tunggu dan lakukan beberapa aktiviti membuangkan perasaan lapar terhadap bosan. Aq menelefon Kucai untuk bertanyakan Geweng dah tidur belum. Telefon Geweng untuk jemput Aq balik ke rumah. Telefon Sya mengajak teman bershoping di JJ Tebrau City besok. Telefon Usop untuk memberitahu perubahan balik kampung bersama. Pergi Maydin sekejap - pening tengok orang berpusu-pusu membeli persiapan raya (Aq jalan kaki sahaja sebab bagunan dekat sahaja). Kemudian kembali ke pusat service - baca paper, mag (Pakma, Her World dan Elle) semua mag untuk perempuan dan tengok studio satu bersama M. Nasir di Channel 4.

Hampir 2.30 semuanya selesai dan masih banyak pelanggan yang masih menunggu kereta mereka siap di service. Kemudian Aq ke Plaza Pelangi, tujuan untuk window shopping usha kalau-kalau Padini ada sale. Setelah lama Aq terpusing-pusing mencari parking. Aq bergegas teruske Padini. Adoi outlet Padini tutup sebab renovation. Adui buang masa sungguh lalu Aq ke Metrojaya tengok kalau ada barangan yang sesuai unutk parent dan adik-beradik. Tawaran agak menarik tetapi Aq tetap pulang dengan tangan kosong. Tidak mengapa besok Aq pergi usha di JJ Tebrau City bersama Kucai yang telah gagal dalam usahanya membeli kasut dan Cik Sya yang membantu kami dalam misi untuk barangan persiapan Hari Raya.

"Manusia akan menghargai kebahagian apabila berada di dalam penderitaan"

Rendang Untuk Mertua


p/s: Tidur awal Kucai untuk misi besok dan jangan gagal pula kali ini.

8 ulasan:

edriaty berkata...

len kali servis awal2...
xpon book dlu.smpi trus dia watkan.
ape la.kan da kne tgu lama.. =D
nak soping tgu aku la..kita ada misi
penting kt sremban balik nih..

misi= nurse
hahahahhahahaha

Yazid Husain berkata...

dah terbiasa last minit la...

misi kt seremban tgh tunggu la ini tak sabar siot...

misi= nurse
he he he

Tanpa Nama berkata...

ape itu misi= nurse?mau ikut...heheh

Yazid Husain berkata...

misi = nurse mcm gomen = goverment
boleh nak ikut pergi mana?

edriaty berkata...

abeming.
aku n yazid nak smbung soping
kt seremban pulak.heheh..jom la!

Yazid Husain berkata...

jom sambung shopin'

aiyrie berkata...

"kita ada misi penting..."-edriaty
"misi kat seremban..."-yazid

kesimpulannya...
misi tu adalah org penting kat seremban... betul tak

misi= nurse

Yazid Husain berkata...

memang ada misi pentingkan seremban

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails