2007/10/09

Prepration For Raya; Packing For A Balik Kampung

Ramadhan 27
Tinggal beberapa jam lagi Aq akan meninggalkan JB unutk pulang beraya di Seremban. So setelah penat pulang daripada kerja, hari ini Aq pulang lewat kerana menemankan CEO Aq merasmikan satu program komuniti di Felda Air Tawar 3 dan jamuan berbuka puasa di sana. Baru menjejak kaki di Teratak 42, Aq mengikuti Fa ke JJ Taman U untuk membeli beg dan niat Aq adalah membuat survey apakah barangan/keperluan raya yang perlu ditambah setelah mendapat khabar gembira apabila duit advance dimasukkan. Ha ha ha boleh bershoping sakan di Seremban nanti. Setelah pulang dari JJ Taman U dan A&W Taman U, Aq merajinkan diri untuk packing untuk pulang ke Seremban. Seperti biasa Aq mempunyai sindrom sukar untuk memilih pakaian untuk dimasukkan dalam backpack Aq. Bab ini memang Aq fail sikit, kalau dah malas sangat Aq sumbat sahaja janji nampak penuh backpack Aq tu.

Hari ini, seperti Aq telah terkena sumpahan apabila planing mesti tidak jadi punya. Semalam Aq dah plan untuk berbuka dengan collegue Aq di Pizza Hut. Kalau ikut kitaorang hendak makan semalam kerana sukar mencari orang ketiga maka kitaorang batal niat kami. Akhirnya pencarian kami terhadap orang ketiga selesai dan orang ketiga tersebut bersetuju untuk berbuka dengan kami hari ini. Akhirnya terbatal juga kerana Aq mendapat arahan supaya menemani CEO Aq ke Felda Air Tawar 3. Collegue Aq nampak terkilan setelah mendengar ceria tersebut dan bertambah kelat apabila perutnya diserang angin.

Dalam x-trail Aq menjadi keras dan tidak tahu topik apa untuk berbual dengan CEO Aq. Dia cuma tanya balik kampung dimana? Dan lebih banyak berbual dengan Pengarah Pertanian. Dan Aq menjadi keras apabila dia menyuruh Aq mengiqamahkan solat jemaah Asar kami. Keras juga Aq setelah lama tidak beriqamah. Ketika majlis perasmian Aq lihat orang kita masih lagi malu yang tidak bertempat ialah hendak amik cerdermata masih lagi menunding orang lain untuk mengambil untuk pihaknya. Sedih juga orang kita gagal out standing.

p/s: Tinggal lagi beberapa jam untuk bertolak....

10 ulasan:

Penapis niat serong berkata...

balik.. ye ye balik.. yazid ucuk

Yazid Husain berkata...

besok kalu korang tak ready dlm pukul 4.30 aq tinggalkan. amaran keras!

edriaty berkata...

hahaha...kijam gler yajit.
carik awek.bleh awek yg tlg pack
brg nk balik kampung.heheh
aku balik tgh hari kames.tgu...

Yazid Husain berkata...

he he he
tunggu kat seremban

Fairuz berkata...

haha. tak sabar gak aku nih.. countdown sekali.. tinggal 10 jam je nih..

Yazid Husain berkata...

yup 10 jam lagi je

peyus berkata...

wah! wah! wah!
gumbira hati nmpk nk blk..ahaha
anyway,bhati2 d jln raya..jgn drive di lorong pejalan kaki coz nnt org yg jln kaki xde lorong nk lalu..haha..

n also, slmt hr raya..
maaf zahir batin..

ni klu ucapan aku kne kritik gk,aku xtau nk ckp ape..haha..

edriaty berkata...

peyus.
hahahha..aku kritik.
sbb buat lawak di lorong
pejalan kaki.sengalan...
hahahha...slamat hr raya.
drive carefully.safe journey.

peyus berkata...

sejam kemudian aku tlh dikritik?? hahaha..

Yazid Husain berkata...

to peyus
thank. aq dah selamat sampai

to edriaty
thank aq dah selamat sampai, Fa dah sampai. kucai n Usop sedang naik bas ke Bahau

to peyus
memang kuat mengkritik auntie paula bedol nie
ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails