2007/09/16

Pasar Ramadhan, UTM

Ramadhan 4

Kiranya sudah 4 kali membeli juadah berbuka di Pasar Ramadhan, UTM. Pasar ini sekadar pasar biasa yang disediakan untuk penuntut UTM. Tetapi bagi penuntut UTM pasar ini amat bermakna kepada mereka. Di sini Aq lihat segelintir peniaga ada yang mengambil kesempatan daripada lambungan harga syling bahan mentah dan kenaikan 40% gaji-gaji pejawat kerajaan. Lauk-pauk di letak pada harga yang tidak sepatutnya, nilai RM 1 menjadi RM2, ayam percik RM 1.50 menjadi RM 2 (saiz kecik) dan hanya peniaga-peniaga di Arked Meranti masih mengekalkan harga biasa untuk penuntut. Kalu Aq hendak masuk ke dalam UTM membeli juadah, Aq kena lagak seperti seorang penuntut kalu tak mesti kena ketuk. Bagi Aq kehadiran pasar ini menyenangkan Aq untuk akses membasuh baju di mesin basuh berbayar yang terdapat pada kolej-kolej penuntut. Dan ini masanya untuk Aq berjumpa rakan-rakan di UTM dan keep in touch dengan diaorang. Disini pada pukul 6 keatas orang mula berpusu-pusu membeli juadah kalu pergi sebelum pukul 6 keadaan lengang sedikit.
Gambar 1: Sebenarnya Aq terpengaruh dengan forum Geng Jurnal ini untuk ke Pasar Ramadhan UTM. Ini memang akui la...

Gambar 2: Keadaan Bazaar di sekitar UTM


Gambar 3: Kereta ini menyebabkan Aq hampir melanggarnya di persimpangan UTM kerana dia tidak berhenti pada garisan berhenti dan berhenti pada jalan yang tiada garisan berhenti.

Sahur semalam...

Geweng memberi nasihat percuma kepada Aq, Kucai dan Fit mengenai "Zalim". Ini adalah iktibar daripada drama yang Geweng dan Fit tonton di chanel 3 bertajuk Selimut Putih. Selimut Putih mengenai seorang anak yang telah bertindak zalim terhadap Ibunya. Bak kata Geweng zalim ini terjadi apabila seseorang tidak bertangungjawab kepada amanah yang diberi kepadanya. Contohnya seorang Bapa yang taik judi yang mengabaikan isteri, anak dan keluarganya ini kira zalim. Aq dah berada ingat kata Geweng yang lain, tapi ini boleh dikira ceramah umum di kala sahur.

Kredit...

Kredit to CS2 yang terdapat pada komputer Kucai membenarkan Aq menukar headbanner baru untuk Bebelan Anak Tukang Jahit

Gambar 3: New Headbanner.

p/s: Thank Kucai bagi guna komputer ko sekejap, di kala ko belajar teori motor untuk lesen L.

12 ulasan:

Fairuz berkata...

hah. tu yang best kalo kat tempat yang ramai ramai. sebab senang nak jumpe kenalan kenalan lama yang kadang kala lama tak jumpa.

edriaty berkata...

tempat yg ramai ramai tuh
ape raju?mmg ko ni kel la.. =D

abeming berkata...

ui cantik la banner baru ko yazid...kreatif rupanya kamu...sorila kiranya aku menggangumu tatkala ko sedang mencurahkan ilham banner ke atas CS2...kerna diwaktu itu aku menyangkakan kamu adalah kuchai...buleh import wat design baju nih en yazid yg kacak...ekekeke

فيصل berkata...

hehehe.. no prob guna aje.. dari x guna.. komputer tu aku beli untuk digunakan.. kalo tak digunakan.. baik x yah beli dulu dulu.. aku ngantuk gegila..

edriaty berkata...

hahha..mmg parents kucai saje
beli nak wat mmbe2 pakai... =D

Yazid Husain berkata...

to fa
memang betul tapi bila jalan dengan kucai seorg pun tak jumpa.

to edriaty
Aq sokong.Deh tambi!

to abeming
terima kasih. setelah berguru dengan kucai sensei

to fa-ya-sod-lam
terima kasih!

to edriaty
kucai memang baik hati.

abeming berkata...

weh yazid...bawah banner ko tu mcm iklan adsense...camne ko bleh lepas ni?hohoooho...aku dh 2 3 kali apply xlepas2 la bro...uuuuuuuuuuuuuu....

abeming berkata...

ceh aku tertipu...bukan iklan google...hoho..xpasan flickr...=(

abeming berkata...

eh...selepas aku click...mcm iklan google....uuuuuuuuuuuuuu...sekali lg...cemane ko leh dpt ni...hohoho

Yazid Husain berkata...

aq tak tau just singup masa aq aktif blogger n gmail, kira masa aq tgh mengangur ari tu.

nilai aq baru 9 dollar, 100 dollar baru leh collect

masih banyak lagi.

MHidzir aka Embun berkata...

kereta tu aku dah langgar dalam bulan 7 hari tu hahah..
aku rasa ecah punya kereta tu (RA CEPP)..

Yazid Husain berkata...

bahaya sungguh gaya dia membawa kereta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails