2007/09/20

Love Triangle

Ramadhan 8

Kisah cinta tiga titik pada satu garis lurus...

Disini Aq bukan hendak cerita kisah cinta Aq, tetapi kisah cinta Betik yang gagal di tengah jalan atas kehadiran orang ketiga. Sebelum telah dinyatakan oleh tuannya bahawa Betik pergi mengorat pada entrinya di Menempuh Arus Masa bertajuk Semalam (Malam Tadi). Akan tetapi pada Selasa lepas (18/09/2007) sebelum Aq melangkah keluar untuk panaskan enjin MyVi, Aq ternampak adegan yang agak panas di laman Teratak 42, di mana Aq melihat kehadiran orang ketiga (Kucing Hitam) merampas kekasih Betik (Kucing Putih). Bab paling best adalah di mana Aq melihat Betik hanya mampu memandang Kucing Hitam dan Kucing Putih jalan berdua-duaan meninggal Betik. Kesian Betik di mana dia nak letak air mukanya kerana kejadian itu telah disaksi oleh Aq. Kemungkinan besar dalam hati Betik menyanyikan lagu Kau Guris Hati Luka. Dalam hati Aq mampu mengutuk dan ketawa Betik yang loser itu.

Revenge is sweet...

Masa buka puasa dengan Fa, Cik Stoberi dan kawan Cik Stoberi (Huda kot nama dia) untuk membuang rasa bosan Aq menceritakan kejadian yang terjadi kepada Betik. Betik menjadi bahan ketawa kami berempat. Ha ha ha. Selepas itu, kerana tidak tahan dengan serangan flu yang Aq hadapi maka kami berangkat dengan segera. Aq meletakan Ikan Pari Bakar untuk dibuat juadah sahur di atas meja. Aq tidak sedar kehadiran Betik di dalam Teratak 42. Kerana tidak tahan serangan flu yang dihadapi lalu Aq merehatkan diri di dalam Bilik No 2 Jalan Temple Off. Ketika ingin mengosongkan ruang fikiran Aq dan merehatkan tubuh yang sudah lama tidak berehat. Aq kedengaran bunyi yang kurang menyenangkan seakan-akan bunyi polystrien sedang bergerak-gerak sendiri oleh kuasa ghaib. Maka Aq turun ke bawah, siot Betik mencuri Ikan Pari Bakar Aq. "Argh! Argh! Tidak" Aq menjerit "Ko nie Betik kalau marah sangat kat Hitam pun janganlah Aq menjadi mangsa ko. Aq tau ko marah kat Aq sebabkan canangkan cerita cinta segitiga ko kat orang ramai." Aq membebel kepada Betik. "Kalu nak mintak janganlah curi, ini kali kedua ko curik ikan bakar" Aq menyambung bebelan Aq kepada Betik. Selang berapa minit Kucai balik dan mengadu bahawa Ikan Bakar Pari Aq dicuri.

Kisah Ikan Pari Bakar...

Akhirnya menjadi rezeki Betik. Ikan Pari Bakar ini menjadi rebutan Aq dengan seorang gadis lain di Pasar Ramadhan, UTM. Ikuti pembulaan ini.
Aq: Bang, bagi ikan pari, berapa?
Penjual: Ikan pari 2 ringgit.
Gadis: Bang itu ikan pari eh, bang?
Penjual: Tinggal satu dik, abang ini dah beli.
Gadis: Ikan pari ada lagi? itu ikan pari eh bang?
Aq: Pekak ke perempuan ini dah cakap tinggal satu je. (bisikan hati)

Akhirnya Ikan Pari Bakar menjadi rebutan antara Aq, Gadis dan Betik, telah selamat menjadi santapan enak oleh Betik. Inilah cerita tiga titik pada satu garisan lurus di mana Aq berada adalah pada titik pertama sedang Ikan Pari Bakar pada titik yang akhir dengan satu titik (Betik) penghalang di tengahnya. Bagi sang Gadis, inilah cerita tiga titik pada satu garisan lurus di mana Gadis berada adalah pada titik pertama sedang Ikan Pari Bakar pada titik yang akhir dengan satu titik (Aq) penghalang di tengahnya. Dan bagi Betik, cinta ini bukan cinta tiga segi tapi cinta tiga titik pada satu garisan lurus di mana Betik berada adalah pada titik pertama sedang Putih pada titik yang akhir dengan satu titik (Hitam) penghalang di tengahnya.

p/s: Hanya sebuah kisah Ikan Pari Bakar

14 ulasan:

فيصل berkata...

keh keh keh.. betik didenda untuk die menginsafi kesalahan lalu...(padahal aku selalu lupa beli makanan die)

Yazid Husain berkata...

Tu la dah lapar sangat sampai curik untuk kali kedua

edriaty berkata...

hehe..da rezeki si Betik.. =D
tp sian dia..kne dump..
carikkan gf baru la wey..
aku pon ok gak.kalu dia nak la.haha

Fairuz berkata...

betik and gf? aku rase memang patut betik kene dump. haha..

Yazid Husain berkata...

to edriaty
dah lama tak jumpa betik lepashari kejadian, nanT aq btau dia.

to fa
ya memang patut kena dump.

abeming berkata...

aduh tergelak2 aku baca cite ni...xtahan lawak jalan cerita ni...patut ko novelkan jek yazid...=)

Yazid Husain berkata...

ini adalah nurkilan romance + komedy, Aqharap satu hari nanT di jadikan drama bersiri

Fairuz berkata...

...aah! drama bersiri berkisarkan kehidupan suka duka seekor kucing bername betik! nak beli!!

edriaty berkata...

yajit.lu jgn jeles.
kisah betik da xlaku.
sbb wa ade episod KAMI!hahahaha

Yazid Husain berkata...

to fa
tunggu di pasaran.

to edriaty
antar eposide kami tu kat aq
nak shirt juga. he he he

edriaty berkata...

amboi..bg betis nak peha.
hahhaha..tgk la cane nnt.
aku dpt lbh aku pos kt ko. =D

Yazid Husain berkata...

he he he
thank you
i really appreciated it.

MHidzir aka Embun berkata...

itu namanya KARMA beb..
gadis tu ex gf aku hahah..

Yazid Husain berkata...

ye ke gadis dlm gambar tu awek ?
sebab gamabr ini diambil daripada hardisk aq.
jgn di kenang brg lama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails