2007/06/25

True Love

Mendengarkan Cinta Manusia.........

Sememangnya makhluk yang payah untuk dimengertikan. Dan adakalanya membingungkan. Perkara-perkara yang ingin diucapkan, atau yang harus disampaikan, justeru malah tidak pernah terucap. Lebih parah lagi, jika kita terbiasa menggunakan simbol-simbol atau kiasan kata-katauntuk menyampaikan erti sebenarnya.

Walhasil, seringnya maksud kita itu jadi tidak kesampaian atau dalam istilah bahasa inggeris "communication breakdown" dan berkemungkinan juga membuat pihak lain merasakan tidak disayangi atau tidak dihargai. Memang benar, ada saat-saat kita merasa canggung untuk mengekspresikan cinta yang kita rasa. Kerana takut mempermalukan orang lain, atau diri kita sendiri; kita ragu-ragu untuk menyatakan, "I Love You".

Jadinya, kita menyampaikan perasaan itu melalui kata-kata yang lain; "jaga diri baik-baik", "hati-hati di jalanan","jangan bawak kenderaan laju-laju","jangan lupa makan" etc etc etc. Tetapi, sebenarnya, itu cuma option lain dariperkataan yang sesungguhnya; "sayasayang kamu", "saya rindu kamu", "kamu sangat bererti buat saya", "saya tidak mahu kamu terluka" etc etc etc. So, tidak ada salahnya kita cuba

"MENDENGARKAN CINTA"

Melalui kalimah-kalimah yang dikatakan orang lain. Ungkapan eksplisit itu penting, tetapi bagaimana kita mengungkapkannya dapat menjadi jauh lebih penting. Setiap pelukan, dakapan, genggaman bermakna cinta meski kata-kata yang keluar sangat berbeza. Setiap perhatian yang diberikan orang lain menyimpan cinta walau bentuknya kaku, atau mungkin kasar.

Yang pasti, kita harus mencari dan mendengarcinta yang ada di sebaliknya. Seorang ibu yang kerap mengomel kerana anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan atau melihat keadaan bilik si anak yang seperti tongkang pecah. Si anak mungkin hanya mendengar omelannya. Tetapi kalau dia benar-benar MENDENGAR,

Dia bakal mendapatkan cinta di sana. Keprihatinan dan cinta ibunya muncul dalam bentuk omelan. Tetapi walau bagaimana pun juga, itu adalah cinta. Seorang gadis sering pulang larut malam, dan akhirnya mendapat ceramah percuma dari kedua orang tuanya. Gadis itu cuma mengambil kemarahan kedua orang tuanya. Tetapi kalau dia mencuba untuk MENDENGARKAN CINTA, dia bakal menemukannya.

Dengan berangnya si ayah berkata :

"Kamu!!!!!!!!!........ kenapa pulang lewat?? Kamu tahu tak ayah jadi tak tentu arah...khuatir akankamu........."

Tahu tak, ungkapankata-kata si ayah itu sama juga dengan "Ayah sayang dan prihatin akan kamu. Kamu sangat bererti buat ayah"............................. yang sayangnya, tidak disampaikan denganlisan. Kita mengungkapkan cinta dalamberbagai cara à hadiah ulang tahun, pesanan-pesanan kecil, dengan senyuman, dengan airmata.

Cinta tidak hanya ada dalam kata-kata, tetapi juga dalam diam. Dan seringkali kita menunjukkan cinta dengan memaafkan orang yang tidak mahu mendengarkan cinta yang kita sampaikan. Masalah dalam "mendengarkan cinta"adalah kesukaran dan keterbatasan kita untuk mengerti bahasa cinta yang dipakai orang lain. Yang kerap terjadi, kita jarang mendengarkan orang lain.

Kita mendengar kata-kata, tetapi kita tidak mempertimbangkan ekspresi atau tindakan-tindakan yang mengiringi kata-kata itu. Sering juga kita cuma dapat mendengar perkara-perkara negatif, penolakan, kesalahfahaman dan mengabaikan cinta yang menjadi dasarnya. Dengarkanlah, cinta-cinta yang ada di sekitar kita. Kalau kita benar-benar berusaha mendengarkan, kita bakal temui bahawa kita sebenarnya memang dicintai.

Mendengarkan cinta dapat membuat kita sedar bahawa dunia ini adalah tempat yang begitu indah. Cinta adalah anugerah. Membuat kita tertawa. Membuat kita bernyanyi. Membuat kita sedih. Membuat kita menangis. Membuat kita bertanya "kenapa?" Membuat kita menerima. Membuat kita memberi. Dan yang paling penting, membuat kita hidup.

Bukanlah kehadiran atau ketidak hadiranyang penting; kita tidak perlu merasa kesepian meski kita sedang bersendiri. Kadangkala kita perlu bersendiri dalam mencari kedamaian atau ketenangan dalaman, tetapi..... janganlah bersendiri itu pula sampai membuat kita jadi kesepian.
Yang jadi masalah bukan berada bersama seseorang, tetapi berada untuk seseorang. Jangan pernah ragu untuk menyatakan cinta. Jujurlah dengan ada yang kita rasa dan katakan.Tidak ada ruginya mengekspresikan diri. Ambil kesempatan untuk mengungkapkanpada seseorang betapa pentingnya dia buat kita. Lakukan, buat perubahan, hindari penyesalan. Satu lagi, tetaplah dekat dengan kawan dan keluarga, kerana mereka telah berjasa membangunkan diri kita yang sekarang.

Cinta memang ada untuk ditebarkan. Dan saat cinta yang kita berikan diterima, atau dibalas, itulah saat hidup menjadi penuh makna. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

From,

AzLyNnDAz Friendster Bulletin

p/s: makan cake sambil tengok movie CINTA.

2 ulasan:

abeming berkata...

waaa....best bace...ingatkan ko yang tulis tadi...sib baik orang punye...kalo tak ilang ar imej rock lu...huahuahua...=)

Yazid Husain berkata...

Ha ha ha...
Atas Nama Cinta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails