2007/06/22

Heritage In Memoirs

Pagi tadi bincang-bincang dan berlatih key pasal lagu Negeri Johor dan Negara-Ku. Tiba - tiba teringat pasal lagu Warisan masa aq dan rakan-rakan maktab menyanyi kat mrsmuo dulu.

Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

p/s: pergi emphbone blog pasal emphone ada memberi nasihat ikhlas mengenai masalah kawan - kawan kita ini.

5 ulasan:

f a wildchild berkata...

waaaa. aku langsung tak ingat melodi lagu tu camne. and sejak kuar dari mrsm, aku tak penah nak amik tau lagi pasal lagu tu. tapi aku tau lagu tu ade mesej yang bagus. tapi...

Mohd Yazid Husain berkata...

aq baru teringat & puas aq dan nat berfikir melodi warisan tadi. Sampai nak tanya superX10 senior kat sini. Akhirnya aq boleh nyanyi sikit

Emphbone berkata...

Nampak sangat lagu tu dah lama tapi melayu tak ambil tindakan..

Thanks sbb link kat blog aku..

abeming berkata...

waa aku masih ingat ngan lagu ni...masih boleh nyanyi...cuma lirik tak ingat sume...boleh ar aku copy paste lirik nih...mekasih yazid..

P/S: mintak emel zid...

Mohd Yazid Husain berkata...

yazid.husain@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails