Aq baru sampai di rumah aq di Seremban setelah menempuh perjalanan yang agak panjang di PLUS Highway daripada Penang hingga ke Seremban selama 5 dan 1/2 jam. Perjalanan yang agak menenatkan tetapi aq rasa bapak aq lagi penat sebab all the way dia yang pandu kereta Savvy R3 kesayangan dia (tak kasi aq bawa takut calar sana-sini).
Hari pertama di Penang.......
Bapak memecut laju sebab jadual interview aq ditukar kebesokan hari pada 9.30 a.m akan tetapi jika aq sempat tiba sebelum pukul 12.00 p.m maka aq boleh di-interiew segera. Ini kerana Madam Zalina Researcher Shorubber ada agenda pada petang harinya. Kalau diikutkan jadual pada hari itu jam 4.00 p.m aq di-interview akan diubah sebab aq lambat corform hendak datang interview. Silap aq juga sebab before aq hendak pergi Penang, aq baru baca tawaran itu dengan detail.
Walaupun memecut laju tidak sempat juga sampai before 12.00 p.m. Maka aq dan bapak meneruskan perjalanan ke Georgetown mencari rakan karib bapak aq iaitu Pakcik S.M Din yang bertugas di Penjara Penang. Aq lihat di Penang kereta kemek sana-sini adalah perkara biasa ini mungkin diaorang malas hendak repair sebab selalu sangat eksiden. Aq tengoklah terutama di Georgetown undang-undang lalu lintas tidak dititik beratkan. Outlaw! Motosikal terutamanya sesuka hati belok kanan kiri tanpa memasang isyarat ke kiri atau ke kanan. Pening kepala aq melihat keadaan ini. Jalan sempit, undang-undang di langgar, kita sebagai pemandu kereta kena lebih peka. Kalau di Seremban hanya perlu lihat kiri-kanan akan tetapi di Penang semua kena pandang, pandang 360 darjah. Syukurlah yang tidak diingini berlaku tidak terjadi ke atas Savvy R3.
Setelah jumpa Pakcik Din S.M, Aq dan bapak aq melepak di Hotel Seri Malaysia. Malam dalam 8.30 p.m pergi ke Jaya Jusco di Queensbay Mall. Bapak aq membelikan kemeja dan seluar Sauve yang baru unutk aq. Terima Kasih! I luv it. Ha ha ha.
The Interview Day
Macam-macam ditanya. Tell about yourself? How about your family? Microbiology test? What instrument that you know to use? What type of Media? and What? and What again? Antara soalan yang biasa aq dengar dan killers. Em hampir 1 dan 1/2 jam aq di soal siasat wahal baru 1st interview dan ada 2nd interview. Kalau aq berjaya untuk interview aq dipanggil unutk proses interview seterusnya dan boleh aq pi Penang lagi. He he he. Dan aq terpaksa meminta cuti lagi di tempat aq dipratikalkan. Minggu ini dah empat hari aq bercuti makin sikitlah elaun aq. Kena potong dan di potong lagi. Lepas interview terus balik Hotel Seri Malaysia dan terus ke pulang ke Seremban.
Pic Penang Brigde di ambil sebelum meninggalkan Penang. Visit Malaysia 2007 - Penang. Flow pics ini aq menarik, daripada memasuki jambatan hingga-lah di mercu tanda Penang Brigde.
Pic 3: Eh dah dekat dah! mercu tanda Malaysia - Penang Brigde. Visit Malaysia 2007 - Penang.
"Ya Allah berkatilah rezeki-ku dan bukalah pintu rezeki-ku ~AMIN~"
1 ulasan:
aku kalau jalan pi penang tak penah pakai kereta pakai motobike lagi senang and pantas beb
Catat Ulasan