This is poster of new movie in town "The da Lugefather". Inilah akibat bosan duduk di Seremban. Sebenar aq cuti 2 hari dan paling mengembirakan aq dapat lari daripada aktiviti di Peluang Perniagaan Merlang a.k.a PPM. Sekurang-kurangnya aq melepak di rumah bolehlah aq menambah skill Adobe Photoshop aq. Nampaknya skill aq semakin mantap dan mempunyai nilai-nilai artistica yang tinggi.
"Luge" diambil daripada bahasa German bermaksud penipu, menipu atau penipuan. da Luge sudah lama aq menggunakan nama ini di dalam profile friendster. da Luge mempunyai aspek nilai pasaran yang tinggi, ini terbukti apabila aq menukar nama lain di profile seperti Red Snappa, Mohd Yazid H dan pelbagai lagi.Mereka still memanggil aq dengan gelaran "Yazid da Luge" di dalam penulisan testimonial dan massages daripada rakan-rakan friendster.
Pagi ini aq akan bertolak ke Penang untuk mencari lubuk rezeki di Shorubber R&D. Aq memohon kehadrat Illahi semoga pintu rezeki dibuka dan dirahmati.
"Ya Allah berkatilah rezeki-ku dan bukalah pintu rezeki-ku ~AMIN~"
1 ulasan:
amin.. weh.. power dah skill ko heheheh :) a ah. aku pun tertarik ngan daLuge
Catat Ulasan