from youtube scandal band
Ketika Aku baru bergelar lepasan SPM, Aku sangat diperanguhi oleh cerita-cerita rakyat daripada rakan-rakan Aku.Cerita yang paling hangat ketika itu adalah kisah dimana rakan Aku seorang tengah makan roti canai dengan kuah dal bersama-sama rakan-rakan yang lain. Kedai ini memang terkenal di sekitar Sg. Ujong. Siang malam orang datang. Aku hanya budak lepasan SPM ketika itu, hanya mampu mendengar kehebatan rakan Aku makan disana. Ketika itu hendak keluar makan di kedai mamak kuah dal dan teh tarik rasa kurang mampu. Sekarang bila-bila masa sahaja apabila terasa hendak kena kuah dal. Ada peningkatan ekonomilah katakan. Zaman sekarang, budak baru lepas SPM, oit bukan main lagi "kopitiam sahaja, starbuckslah". Zaman Aku Dome. Tapi sampai sekarang tidak pernah menjejakinya.
Berbalik kehebatan cerita rakan Aku ini. Punya sedap pekena roti canai dan dal. "Bro, tambah kuah dal" Pelayan kedai yang orang datang siang malam tu balas "amik sendiri boleh, gua sibuk" Di balas ringkas "orait". Kawan Aku pun mengorak langkah ke periuk kuah dal. Tergaman sebentar rakan Aku terlihat benda ropol-ropol segitiga didalam pencedok kuah dal. Apa lagi menjerit rakan Aku "Scan the Dal, Scan the Dal"
Rakan Aku dan rakan-rakannya berasa loya dan berlalu pergi tanpa meninggalkan sebarang upah atas kelazatkan roti canai dan kuah dal tersebut. Maka sejak hari itu, cerita rakyat moden dicerita daripada mulut ke mulut. Skandal roti canai yang terhebat ketika itu. Kesannya sampai sekarang Aku tidak merasa kehebatan kuah dal tersebut.
p/s: diakhir cerita kawan Aku rasa bangga sebab tidak bayar roti canai tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan