Hari ini, Aq merasa pasta ketam berhampiran studio apartment Aq. Kali ini, makan malam kami semua di bayar oleh Prof. Lee, mentor yang mengajar Aq teknik-teknik mikrobiologi dan biologi molekular di sini. Beliau amat kesian terhadap kami semua kerana tiap-tiap hari makan mee segera, roti dan tuna. Terima kasih.
Kemudian kami semua berjalan-jalan sekitar Jeonmin-dong untuk ricky-ricky kedai mana-mana yang boleh kami semua boleh berbelanja. Semasa kami dekat Coop merupakan kedai berunsur bahan-bahan organik, ada masyarakat tempatan yang boleh berbahasa inggeris telah membantu kami untuk membeli belah dan memberi kami pinjam kad member supaya kami boleh menerima harga diskaun. Beras organik dari 8000 won dapat 6200 won. Roti dari 1000 won dapat 800 won. He he he.
Caio Italian Restaurant
297-1 Jeonmin-dong Yuseong-gu Daejeon
p/s: han sam mi dah (bahasa korea) = terima kasih.
5 ulasan:
fuyohh makan sebelah awek tewww.. ehehe
bukan awek. anak buah
bestnya yazid pegi korea........
ai yobu..hihi..nice cardigan..x rugi suruh u bly cardigan dgn mafela 2..
to president
best :)
to cat
thanks. luv u. :)
Catat Ulasan