2010/08/13

Bubur Lambuk

Ramadhan 3

Semalam Aq pertama kali memasak dan menyajikan bubur lambuk. He he he. Itu pun Aq ikut resepi daripada Cat.

Bahan-Bahan;

Ayam dipotong halus-halus
Udang saiz kecil

Bahan A
* 2 kuntum cengkih
* 2 biji buah pelaga
* 1 kuntum bunga lawang
* 1 batang kayu manis.
* 1 bawang putih dihiris halus
* 1/2 bawang besar dihiris halus

Bahan B
* halia sebesar ibu jari
* 1 1/2 bawang besar
* 1 bawang putih
*  segegam udang kering

Bahan C
* lada sula
* 1 1/2  beras
* garam

Bahan Hiasan
* daun sup potong halus-halus
* kacang goreng

Cara-cara penyediaan

Pertama, tumbuk bahan-bahan B. Panaskan minyak, dan kemudian tumis bahan-bahan A sehingga menghasilakan aroma kemudian tumiskan bahan-bahan B

Kedua, masukkan ayam dan udang yang telah dipotong halus sehingga daging ayam menjadi putih.

Ketiga, masukkan airkan sebanyak 3 hingga 4 cawan. Buka api sehingga tahap maksimum. Apabila air mula mendidih masukkan bahna-bahan C.

Sementara itu bolehlah sediakan bahan hiasan. Semalam Aq goreng kacang sehingga hangus. Dan Cat gelarkan kacang itu, Kofi Annan. He he he.

Masa penyedian hampir 2 jam sebab Aq pergi beli udang dan duan sup. Terkial-kial  sediakan semua bahan-bahan di atas. Kekok katakan. Ha ha ha. Akhirnya kami buka dengan Susu Dutchlady perisa Coklat. Barulah makan bubur lambok yang Aq masak. Thanks Cat.

p/s: best jug dapat sedikan bubur lambuk. ha ha ha

4 ulasan:

en_me berkata...

rajinnyer abang ajit wat bubur tewww..

President berkata...

second!

mcm best ja bubur lambuk tu..hehe

Siti fairuz Yusof berkata...

sedapppnya..nak try la resepi ni next time..huhuh

Yazid Husain berkata...

to en me
he he he he.

to president
memang best tapi tidak sehebat bubur lambuk kg baru

to siti fairuz
trylah. memang best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails