2010/06/21

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Pada mulanya tidak bercadang untuk ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk menjemput Uteh pulang daripada Philippines. Setelah berbincang Kami pun join yang lain untuk ke KLIA. Boleh membawa Eshal jalan ke KLIA tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Yeah!!!. Aq sangat teruja. Pertama, bawak Eshal jalan-jalan di Kuala Lumpur. Kedua, ini adalah pertama kali Kuntum melepasi Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Kira bersejarah juga.

Aq mengepalai konvoi ke KLIA. Tengah bulan maka jalan lama menjadi pilihan. Ayah mertua Aq cakap dekat sahaja lebih kurang 170 KM berbanding PLUS-ELITE 220 KM lebih. Kami bertolak daripada Melaka. Sibuk jalan di Melaka kerana SUKMA XIII sedang berlangsung. Sebenarnya sudah lama Aq tidak mengikuti jalan Labu Sedayan ke Sepang, maklum sudah 4 tahun. Ada juga banyak perubahan. Nasib baik tidak sesat.

Eshal bersama Mak Uteh yang baru pulang dari Philippines. Melepaskan rindu. Sementara menunggu Uteh mendarat. Kami semua ke Balai Tinjau untuk melihat kapal terbang dan bersiar-siar di KLIA. Kemudian Cat ada mencadangkan untuk ke Ikea, Kota Damasara. Iyealah alang-alang ke Kuala Lumpur. Akhirnya projek ke Ikea berjaya.

p/s: yeah!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails