2010/02/17

Make Baby Mattress Set

CNY tempoh hari kami hanya lepak di Teratak 91 sahaja. Disebabkan jiran sebelah meyambut menantu. Kenalah merewang sebentar bersama jiran tetangga yang lain.

Kemudian Cat bercita-cita ingin membuat bantal, bantal peluk dan tilam untuk Baby menggunakan kekabu asli. Kekabu asli ini, Cat beli di Kota Tinggi sebanyak 2 kg sahaja. Selepas majlis di rumah jiran. Kami ke Kamdar, Plaza Angsana untuk membeli beberapa meter kain untuk dijadikan alas dan sarung kepada bantal, bantal peluk dan tilam.

Dengan keazaman yang tinggi dan dibantu oleh mesin jahit pemberian Bapak Aq kepada Cat. Maka projek membuat bantal bermula. Memang puas hati. Kami sangat excited.

Tiba membuat bantal peluk. Kami bertekak seketika mengenai rumus jejari, kerana Cat sudah mempunyai ukur lilit. Rasanya ukur lilit = 2 pai j. Lalu Aq bertanya dengan Ap. Yes betul. Dan nilai pai = 3.142.
Hari kedua, projek membuat tilam bermula. Best...............
Akhirnya siap. Tinggal satu set sarung untuk set tidur Baby.

p/s: :)

6 ulasan:

tunbegia berkata...

sungguh rajin dan tinggi azam,

salamm,

Nidza berkata...

tentu terasa bangga sbb diri sendiri yg buat utk yg tersayang...
nanti bila 20 tahun akan dtg, boleh lah citer kat satu famili....

Yazid Husain berkata...

to tunbegia
he he he. memang tinggi

to nidza
yeah. yup memang menjadi cite hangat sekeluarga

sHe berkata...

nice one!
impressed! :)

antOy berkata...

pandainyaa..
mcm mn buat bintik2 terkedalam kt tgh2 tilam tu? hehe.
good works guys!

Yazid Husain berkata...

yeah. baby sudah pakai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails