2010/02/18

Kedai Jahit Husain

Di sini, Aq ingin mempromosikan kedai jahit yang diterajui oleh Bapak Aq. He he he. Bapak sekarang tengah sibuk menguasahakan Kedai Jahit Husain.

Sebab itulah tercetusnya gelaran Anak Tukang Jahit. Itulah yang tercetusnya Bebelan Anak Tukang Jahit.
Ini Bapak Aq tengah tekun menjahit tempahan. Bapak Aq juga bercadang membuka kelas jahitan. Siapa ingin belajar boleh menuntut dengan Uncle Husain. Ha ha ha.

2010/02/17

Make Baby Mattress Set

CNY tempoh hari kami hanya lepak di Teratak 91 sahaja. Disebabkan jiran sebelah meyambut menantu. Kenalah merewang sebentar bersama jiran tetangga yang lain.

Kemudian Cat bercita-cita ingin membuat bantal, bantal peluk dan tilam untuk Baby menggunakan kekabu asli. Kekabu asli ini, Cat beli di Kota Tinggi sebanyak 2 kg sahaja. Selepas majlis di rumah jiran. Kami ke Kamdar, Plaza Angsana untuk membeli beberapa meter kain untuk dijadikan alas dan sarung kepada bantal, bantal peluk dan tilam.

Dengan keazaman yang tinggi dan dibantu oleh mesin jahit pemberian Bapak Aq kepada Cat. Maka projek membuat bantal bermula. Memang puas hati. Kami sangat excited.

Tiba membuat bantal peluk. Kami bertekak seketika mengenai rumus jejari, kerana Cat sudah mempunyai ukur lilit. Rasanya ukur lilit = 2 pai j. Lalu Aq bertanya dengan Ap. Yes betul. Dan nilai pai = 3.142.
Hari kedua, projek membuat tilam bermula. Best...............
Akhirnya siap. Tinggal satu set sarung untuk set tidur Baby.

p/s: :)

2010/02/12

Happy CNY 2010

Salam 1 Malaysia, Bebelan Anak Tukang Jahit bercuti sepanjang CNY ini. He he he he.

Gambar ini dirakam ketika lawatan kerja ke Kuala Lumpur. Singgah di Pavalion, Kualau Lumpur. Membeli buah tangan untuk baby di Okaidi. Tengah jualan hebat sehingga 50% sehingga 24 Februari 2010. Buatan fabriknya memang angkat dua ibu jari. Para ibu boleh ketik di laman sawang Okaidi & Obaibi
p/s: selamat bercuti

2010/02/09

Drama King

Di office Aq banyak orang berdrama. Lalu Aq gelarkan mereka Raja Drama.



Meet uncle Husain Feat Black - Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu Raja Drama

Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat

p/s: Sampai bila eh hendak sudah? Ha ha ha

2010/02/08

Belek, Belek, Belek

Sekarang ini, kami hanya banyak habiskan masa di rumah sambil belek baju Baby. He he he.


p/s: :)

2010/02/05

Where Our Baby?


Kicking inside mummy tummy..........

2010/02/04

Happy, Clappy and Not Crappy

Aq kembali setelah sekian lama tidak membebel. He he he. Cat cakap Bebelan Anak Tukang Jahit semakin diminati kaum ibu-ibu. Oh!Sejak kebelangkan ini Kami sibuk membuat beberapa persiapan Baby. Shopping sana sini, budget sana sini. He he he.
Cat tengah fokus mencari yang terbaik untuk Baby. He he he. Seronokkan?

Ini antara kelengkapan untuk lampin si bayi. He he he. Ada lampin, lampin pakai buang, pelapik lampin. He he he.
Ini antara toiletries untuk Baby. Semua produknya kebanyakan Sebamed. Aq yakin kurang kandungan SLES pada produk tersebut. Aq kalu boleh hendak kurang pengantungan pada produk yang berasaskan mineral oil. Untuk kemas rapi baby Tommee Tippee menjadi pilihan. He he he.

Ini antara barisan baju untuk baby. He he he. Kami kena gelak dengan orang sekeliling kerana membeli kasut terlalu awal. Ha ha ha.
Ini tempat tidur baby. He he he.

p/s: Cat banyak pilih tema haiwan yang cute. He he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails