2009/11/24

Chan Ah Moi

Mesti pernah dengar iklan Pizza Hut mengenai seorang mamat yang bercakap besar dan akhirnya terpaksa menukar namanya kepada Chan Ah Moi. He he he. Rupanya banyak juga Aq jumpa orang macam Chan Ah Moi ini di sepanjang hidup Aq. Bla bla bla bla bla .........

".............................
.............................
.............................
............................."

Mudahkanlah kerja mereka. Usah sekat dan menghina. Kadangkala kita tidak tahu bahawa tindakan kita selama ini betul atau tudak. Berfikirlah.

p/s: Chan Ah Moi!!!

2009/11/23

Read My Mind

Masa Aq di tugaskan menjaga The Mall. Lagu ini nyanyi The Killers membuat Aq tenang seketika. Sambil menjalankan tugas semasa kerja 33 jam. Sila ketik Killers - Read My Mind

p/s: I don't mind if you don't mind. Khas kepada bos Aq. Haruslah

2009/11/18

Mencari Konklusi


BioMalaysia 2009 sudah bermula sejak semalam lagi sehingga 19 November ini. Memang jika dilihat industri ini agak lambat sedikit membangun walaupun sudah BioMalaysia yang ke-7 di adakan di Malaysia. Akan tetapi ini adalah detik permulaan bagi industri Bioteknologi yang sedang giat berkembang berserta galakan Tenaga Hijau.

Di sini ingin Aq mencari konklusi bagaimana office tempat Aq berkerja ini boleh tidak secara langsung atau tidak langsung dengan BioMalaysia ini. Nama pun X-BioTech. Itulah kesannya jika pihak pengurusan tidak bijak dalam mengatur, bukan kami tidak memohon untuk ke sana akan tetapi permohonan kami di tolak. Dapat pergi sehari cukuplah, kami ingin tahu berkembang industri sekarang. We need fresh idea.

Asyik duduk di dalam tempurung selatan sahaja susah juga. Mungkin Aq boleh tanya rakan-rakan lain yang pergi ke sana walaupun nama mereka tiada perkataan "BioTech". Di mana-mana organisasi pu mesti ada masalah seperti ini. Kenapalah ketua unit kami tidak voice out untuk benda ini. Konon hendak bersihkan nama Aq. Tidak mahu Aq kotorlah apalah.

Aq cuma tidak mahu bawa Kuntum ke Tapak Pertanian Moden, Ayer Hitam dan menaiki X-Trail Jabatan pun akan di ambil tindakan. Kenapa mesti Aq? Kenapa mesti Kuntum? Bagaimana colleague yang lain, kenapa tidak pertikaikan? Mana Engkau letak adil itu?

p/s: Jawapannya "Pergi Mampus"

2009/11/17

Cuppy Cake

Strawberry Shortcake - Cuppycake .mp3


Found at bee mp3 search engine

You're my hunny bun, sugar plum, pumpy upmy upmy upmkin.
You're my sweetie pie.

You're my cuppy cake,gumdrop,shyummkums pure,
The apple of my eye!

And I love you so, and I want you to know that i'll always be right here.

And I love to sing this song to you
Because you are so dear!

p/s: :D

2009/11/16

Speeding No One Thinks Big of You!


Geram betul. Pagi tadi. Toyota Corolla merah dengan no pendaftaran kereta SGM 6648 M memintas dengan laju. Dan hampir mencederakan kuntum. Stupid Singaporean.

Sebulan yang lalu Antoy ada ada menunjukkan sebuah di mana iklan kesedaraan lalu lintas bagi negara Australia. Memang insaf tengok. Di sini Aq ada tampalkannya. Sesiapa yang pengsan tengok darah dan para-para ibu mengandung video ini agak kurang selesa untuk ditonton. Kepada sesiapa yang rasa bukan pelumba pro janganlah memandu membuta tuli. Pelumba pro berlatih bertahun-tahun barulah dapat lesen untuk berlumba. Bukan anda sahaja yang terima akibatnya semua akan terima.

Kalu di Malaysia, rakyatnya sangat perihatin kemalagan kecil boleh mengakibat sesakan lalu lintas yang teruk di kedua-kedua arah jalanraya. Sentiasa beringat.

p/s: Ingatlah orang tersayang !!!


2009/11/13

Pregy Sign



Tadi berdating dengan Cat beli baju yang sesuai untuk Cat. Susah betul hendak cari yang chantek dengan harga agak berpatutan. Hehehe. Ini baru hendak beli barang untuk ibunya. Untuk anaknya? He he he. Kerja kuat kerja kuat kerja kuat.

Seronok juga membeli belah bersama sudah lama tidak menjalankan aktiviti seperti ini sejak Aq tambah waktu kerja 33 jam seminggu. Seronok-seronok kena juga dalam belajawan kalau tidak sangkut pulak.

p/s: Tindakbalas semulajadi lari ketika jumpa empat orang berwarna hijau. :D

2009/11/12

ReuseRefill Bottles


Dahulu kami kerap beli air mineral, asal haus sahaj anak tekak mesti air mineral menjadi sasaran. Lepas anak tekak berjaya dibasahkan dengan air. Lalu botolnya dibuang ke dalam tong kitar semula atau dibuang ditong biasa. Bayangkan jika 365 botol plastik dibuang bergitu sahaja. Ini berdasarkan kiraan 365 sehari untuk seorang. Kalu kami berdua jumlahnya sudah pasti 730 botol plastik dibuang bergitu sahaja.

Mula-mula Aq tidak terfikir untuk itu. Ialah mudah sahaja mendapat air mineral jika di pasaraya besar hanya harga sekitar RM0.68 hingga RM0.80 dan station minyak sekitar RM 1.00 hingga RM1.40. Secara purata RM365.00 setahun untuk setahun.

Sebulan yang lepas Cat ada beli bottle air Rubbermaid. Untuk dijadikan bekalan air ketika Aq berkerja. Aq juga tertanya-tanya kenapalah beli botol air yang agak mahal harganya, sekitar RM 20.00. Rupanya jenama Rubbermaid ini adalah salah satu cara atau langkah penjimatan terhadap penggantungan dengan botol plastik pakai buang dan jimat wang saku anda. Botol ReuseRefill Rubbermaid dapat mengurangkan kos sebanyak RM345.00 serta pengunaan 365 plastik botol secara puratanya. Bayangkan.

Manusia dewasa lelaki memerlukan sekitar 3700ml air setiap hari. Manakala manusia dewasa perempuan memerlukan sekitar 2700ml air setiap hari. Bayi, kanak-kanak dan remaja kurang daripada 1500 ml. Figure ini Aq tidak beberapa ingat kalu salah sila betulkan.

Mula-mula memang Aq tidak tahu keistimewaan botol ReuseRefill Rubbermaid. Akan tetapi sejak semalam Aq akan hargainya. Antara keistimewaannya adalah BPA (Bisphenol-A) free, FDA standard, dishwasher safe, leakproof design dan sebagainya. Itu semua agak penting tetapi yang lebih peting adalah selamatkan alam sekitar kita. Cara ini memang sesuai mudah dah ringkas hanya RM20.00 dapat selamatkan alam sekitar. Semalam kami beli lagi dalam sekitar RM16.00 dapat dua botol, sekarang ini rumah kami ada 3 unit. He he he.

Sedikit maklumat tetang BPA (Bisphenol-A). BPA adalah suautu bahan kimia yang digunakan dalam industri polycarbonate plastik. BPA ada memberikesan terhadap penguna seperti kesuburan, neurubalstoma dan punca kanser berdasarkan kajian semasa. Jika untuk mengelakan anda keracunan BPA sila baca simbol amaran pada plastik makanan anada, jika plastik tersebut adalah Type 7 dan Type 3 mengandungi BPA. Produk plastik Type 1, Type 2, Type 6, Type 5 dan Type 6 adalah bebas BPA.

Hendak makluman lagi sila ketik Rubbermaid RefiilReuse dan Rubbermaid Blogs

p/s: Drink More! Waste Less!

2009/11/10

Gary-Eater

Ini kisah kami pergi rumah terbuka ketika hari raya tempoh hari. Aq, Hint dan Antoy serta beberapa colleague yang lain pergi ke rumah Jejaka Croc Pink a.k.a Mat Romeo (jika kamu pernah baca entri-entri sebelum ini). Walaupun ada yang tidak dijemput secara lisan mahupun dengan pesanan ringkas. Ini kali kedua Aq pergi ke rumahnya. Sebelum ini sekitar tahun 2007. Erm ada benda menarik perhatian Aq di sini adalah siput. Akan tetapi bukan siput sedut tetapi siput yang sangat eksotik .
Di sini, ada sidikit nasihat jika anda geli terhadap siput jangan baca entri ini. He he he. Rasanya sebelum ini pernah Aq makan siput sebegini di Sabah sepanjang tahun 2005. Mula-mula memang agak mengerunkan ialah hendak lalu anak tekak. Confirm fikir 5-6 kali. Akan tetapi setelah sekali rasa mesti hendak lagi.
Lihat sahaja aksi pemakan siput di atas nampak lazat. Sepatutnya ada lagi satu gambar akan tetapi atas dasar pertimbangan dan kesan terhadap si pemakan siput. Takut dia malu, marah dan takut gambar kurang vint, Aq telah delete gambar tersebut. He he he. Maafnya. Ada juga Jejaka Croc Pink bercerita mengenai siput ini akan tetapi Aq malas dengar atau hanya bercerita kepada orang yang terpilih.

p/s: sekadar bual kosong di kala makmal sedang kosong

2009/11/09

Voice Of Nature


Mari menanam pokok secara vitual di Honda. Selamatkan alam sekitar dengan memberi idea yang bernas di Voice of Nature. Go green!!!

p/s: Selamatkan badak sumatra

2009/11/06

Kuntum Bhusuk!!!

Sepanjang minggu ini hujan sahaja. Menghalang kehendak untuk membersihkan kuntum. Kuntum makin hari makin comot. He he he. Hujan dan becak kena harung masa hujan. Akhir tahun memang musim hujan. Kuntum sabar eh. Jika tidak hujan lagi pergi bersihkan diri.

Colleague Aq cakap "Asal engkau basuh kereta, mesti hujan". Memang acap kali. Setiap kaliAq selesai membersihkan kuntum, awan mendung mesti berarak lalu. Jika bernasib baik alam sekadar bermain dengan Aq, jika tidak alamatnya hujan turun. Akan tetapi itu semua kuasa-Nya. Kita hanya merancang, Dia yang tertentukan.

p/s: Alhmduillah dengan kurnia rezeki-Nya.

2009/11/05

Thanks Note

Mendapat thanks note daripada Cat. He he he. :D. Hendak kerja kuatlah. He he he.

p/s: Half way to go. Yeah!!!

2009/11/04

Portrait: Damisha Rania

Cuba-cuba menangkap aksi chomel Icha Encut. Memang susah hendak merakam kerana Icha Encut hanya tertarik kepada material yang berkilau. Merakam aksi chomel kanak-kanak memang sukar kerana keaktifan mereka bergerak. Lagi-lagi hendak merakam muka mereka yang innocent. He he he.
Gambar Icha Encut telah lama Aq ingin pertontonkan. Disebabkan urusan lain menjadikan ia penghalang. Baru tadi mendapat berita daripada Joe, Mak Buyung dalam fasa active labour dan dijangkakan Joe menjadi bapa pada jumaat ini. Aq doakan semuanya selamat hendaknya dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Taniah.

p/s: "baby moving when I think about u.. :j"

2009/11/03

Revolutionist


Sejak Aq mendirikan rumah tangga, jarang sekali membeli atau memesan makan di kedai mahupun di restoren makan segera kerana Cat dah sediakan bekal untuk Aq makan tengahhari. Masa mula-mula rasa sukar kerana ramai colleague makan di luar akan tetapi Aq menyertai mereka. Hari makin hari segala berubah sejak berlaku masalah ekonomi apabila gaji lambat dapat disebabkan dasar office disini sekejap GLC sekejap Gomen membuatkan kami semua huru-hara. Akan tetapi Aq tidak berapa kisah sangat disebabkan sememangnya Aq sudah agak perkara ini berlaku. Sejak itu colleague Aq mula membawa bekal masing-masing. Jika Cat penat hendak menyediakan makanan tengahhari memang sukar untuk makan tengahhari diluar kerana colleague mula membawa bekal masing-masing.

Sampai ada pangkat pengurus pun bawa bekal. Akan tetapi kalau di masuk pantry kitaorang cepat-cepat keluar malas hendak dengar di mengarut. Mencecir benda-benda menjijikkan ketika makan. Makan cepat-cepat, cuci bekas cepat-cepat dan terus meninggalkan pantry. Revolusi membawa bekal ini sememangnya berkesan kerana kesannya membawa penjimatan. Bayangkan dari RM 50 untuk lima hari boleh berjimat sehingga 40%-80% belanja harian hanya untuk makan tenggahari.

p/s: Am I Revolutionist or Trendsetter

2009/11/02

Amir & Sha Wedding

Sebenarnya sudah lama hendak menulis kisah mempelai baru ini, akan tetapi usaha murni sentiasa tersekat dengan perkara yang tidak diingini. Pelbagai dugaan. Taniah kepada kedua-dua mempelai. Berlangsung pada 27 September 2009 yang lalu, sudah bulan November baru update cerita mereka.
Opps jangan salah anggap, ini adalah Baby Zara puteri kepada Bunda Fay dan Bapak Nico. He he he. Baby kami coming soon!!!. Insya-Allah. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Amin.
p/s: Ucapan taniah kepada Amir dan Sya. Semoga baby kita satu kelas nanti dengan Marish dan Sara. Ha ha ha. Taniah. And Happy Wedding!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails