2009/12/30

To Singapore Only RM 21

Kami bangun awal pagi lagi unutk ke Kota Singapura kerana ingin mengejar jadual keretapi di Danga City Mall pada jam 0831. Cat awal-awal pagi sudah siapkan bekalan makan untuk ke Kota Singapura. Berjaya menyiapkan dua biji hotdog dan beberapa kepingan nuget. Nasi goreng tidak sempat kerana pagi itu, kami agak terlewat bangun seperti yang dirancangkan. Dengan keadaan Jalan Tebrau menghala ke Johor Bahru yang sesak ketika waktu pagi membuatkan hati Aq sedikit runsing. Akhirnya kami sampai di Danga City Mall pada Jam 0800.

Tunggu punya tunggu akhirnya keretapi sampai jam 1010. Tambang hanya RM3 seorang. Kekita itu kami sudah menghabiskan bekalan nuget kami sambil bercerita kisah-kisah silam kami ketika di zaman universiti. Nasib baik ada pengisisan. Dengan perasan teruja, Aq tidak dapat melelapkan mata, manakala Cat sudah melelapkan padahal keretapi baru sahaja bergerak. Ketika di Woodlands checkpoint, secara rasminya kami menjejak kaki di Kota Singapura. Perjalanan kami diteruskan ke Tanjung Pagar. Di sini kami baru tukar mata RM kepada SGD.

Kerana perancangan yang tidak cekap. Aq menyangkakan bahawa KTMB, Tanjung Pagar berhampiran dengan stesen MRT, Tanjung Pagar. Jauh juga kena berjalan kami dalam 10 minit. Ketika ini Cat sudah sudah bising-bising, menyebab mood travel Aq terganggu. Kami ke MRT, Tanjung Pagar dengan bertanya orang-orang Kota Singapura. Akhirnya kami terjumpa Coffe Bean. Lalu mengurangkan kebisingan Cat dengan Caramel Macchiato dengan harga SGD 7.10. Macamlah di Malaysia tiada Coffe Bean. Kesian juga Cat dan Baby kena berjalan jauh.
Justify FullDi dalam MRT kami telah di tenung tajam oleh orang-orang Kota Singapura, kerana dengan beraninya kami minum Caramel Macchiato di dalam train tersebut. Nasib baik tiada pihak berkuasa kalau tidak sudah tentu SGD 500 melayang. Hu hu hu. Di Kota Singapura udang-udang sangat ketat. Kena ikut udang-udang jika tidak sediakan duit sahaja.

Sampai di MRT, Tanjung Pagar, Kami sedikit blur dengan sistem di sana. Mula-mula kami berfikir sama sistem dengan LRT Putra atau SMART. Jika line berbeza kena beli tiket yang berbeza. Rupanya seakan sistem Komuter KTMB.
Hanya perlu tempat yang di pergi sahaja dan perlu tahu di mana tempat pertukaran train MRT. Akhirnya kami ke Orchards Road dengan SGD 2.20. Di sana kami mulaka misi mencari barang Baby.
Kami hanya membeli barangan yang rare sahaja kerana kurang berbaloi berbelanja di Kota Singapora jika barang itu ada di Malaysia. Teruja juga dengan tawaran Y.E.S di Kota Singapura. Next time, boleh membeli belah di Kota Singapura.
Setelah selesai berbelanja kami, kembali ke Tanjung Pagar. Rupanya Kad MRT boleh dideposit kembali dan boleh dapat wang SGD 1.00.
Kami mengejar jadual keretapi pada jam1600 rupanya jadual itu telah lama tiada. Maka terpaksa kami tunggu sehingga Jam 1800. Kami menghabiskan SGD terakir dengan memakan Rojak Petis, Tauhu Bakar dan Air Pokka.

p/s: Berjalan-jalan dengan family memang seronok.

3 ulasan:

shandye. berkata...

saya secara rasminya dengki terhadap anda yang bersiar-siar di singapura.

sepatutnya saya ke sana untuk cuti semester lepas. tapi ada kekangan. jadinya terpaksa batalkan niat.

hish!

en_me berkata...

me baru gi temasek last month.. ihiks

selamat tahun baru abang ajit ittewww.. salam dr me dikejauhannns.. muger2 kita akn terus jd rakan siber yg baik2 ghitewww

Yazid Husain berkata...

to shandye
usah dengki. kota singapura sentiasa terbuka luas

to en me
he he he.

selamat tahun baru. iye semoga berkekalan hendaknya.

orait.

HAPPY NEW YEAR 2010!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails