2009/11/10

Gary-Eater

Ini kisah kami pergi rumah terbuka ketika hari raya tempoh hari. Aq, Hint dan Antoy serta beberapa colleague yang lain pergi ke rumah Jejaka Croc Pink a.k.a Mat Romeo (jika kamu pernah baca entri-entri sebelum ini). Walaupun ada yang tidak dijemput secara lisan mahupun dengan pesanan ringkas. Ini kali kedua Aq pergi ke rumahnya. Sebelum ini sekitar tahun 2007. Erm ada benda menarik perhatian Aq di sini adalah siput. Akan tetapi bukan siput sedut tetapi siput yang sangat eksotik .
Di sini, ada sidikit nasihat jika anda geli terhadap siput jangan baca entri ini. He he he. Rasanya sebelum ini pernah Aq makan siput sebegini di Sabah sepanjang tahun 2005. Mula-mula memang agak mengerunkan ialah hendak lalu anak tekak. Confirm fikir 5-6 kali. Akan tetapi setelah sekali rasa mesti hendak lagi.
Lihat sahaja aksi pemakan siput di atas nampak lazat. Sepatutnya ada lagi satu gambar akan tetapi atas dasar pertimbangan dan kesan terhadap si pemakan siput. Takut dia malu, marah dan takut gambar kurang vint, Aq telah delete gambar tersebut. He he he. Maafnya. Ada juga Jejaka Croc Pink bercerita mengenai siput ini akan tetapi Aq malas dengar atau hanya bercerita kepada orang yang terpilih.

p/s: sekadar bual kosong di kala makmal sedang kosong

3 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

jid, nk mintak duit royalti gambar..kih2...Siout ni kita panggil GONGGONG..huhuhu.. sedap..rasa cm sotong lemak+siput sedut..tp aku tibai makan skali ngan perut(tahi). bila igt2 blk rasa geli anak tekak...

sHe berkata...

sebagai penggemar siput, saya amat terkilan dengan aksi pemakan siput pada gambar kedua..

macam sedap giler jek..

(T_T)

Yazid Husain berkata...

to hint
ceh! tau letak gambar engkau tengah ternganga tu

to sharya hint
yeke? sila jemput open house Jejeka Croc Pink tahun depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails