2009/05/21

Proses Kebenaran Nikah

Di Johor terdapat beberapa proses yang perlu di ikuti memastikan semuanya lancar untuk kebenaran bernikah. Jika anda dan pasangan anda semukim mungkin proses ini tidak keberatan. Langkah pertama perlu pergi krusus pra-perkhawinan selama dua hari di hujung minggu dengan bayaran RM120 seorang. Kemudian pergi ke Jabatan Agama Islam Daerah masing-masing untuk mendapatkan Borang 1, Borang 2 dan Borang ujian penyaringan HIV berharga RM 5 setiap satu. Langkah ini boleh diambil 90 hari sehingga 14 hari sebelum tarikhpernikahan.

Sudah selesai ujian penyaringan HIV, sila dapatkan surat akuan bujang / dara di majikan masing-masing. Jika berlainan almat kad pengenalan mukim dengan tempat pernikahan dijalankan. Dapat surat pengesahan mastautin daripada Penghulu Mukim. Salianan Kad Pengenalan Saksi Borang, Wali dan Pemohon. Jika perempuan anak sulong dalam keluarga sila lampirkan salinan Sijil Pernikahan Keluarga. Jika sama mukim bolehlah pasangan pergi temuduga bersama. Jika tidak lelaki seharusnya pergi temuduga terlebih dahulu bagi mendapat Kebenaran Bernikah Luar Mukim berharga RM5. Sebelum temuduga pastikan Borang 1 lengkap dan membuat salinan sebanyak dua salinan. Kerana tindakan ini akan memudahkan segala pengurusan. Kerana satu salinan akan diserahkan kepada pihak perempuan.

Kemudian barulah pihak perempuan pergi untuk temuduga dengan membawa lengkap Borang 2 serta dan salian yang dikhendaki serta sesalinan pihak lelaki. Dan salinanpihak lelaki dan borang kebenaran nikah luar mukin juga perlu dibuat salinan terlebih dahulu bagi memudahkan tujuaan pemproses kebenaran ini kelak. Tidaklah anda terkial-kial jika diminta membuat satu lagi salinan. Kemudian jika temuduga selesai. Selalunya soalannya Dua Kalimah Syahadat, Al-Fatihah, Doa Qunut, Rukun Nikah, Air, Tangungjawab Suami & Isteri.

Setelah selesai temuduga barulah dikendaki membeli borang 3, borang 6, borang 7 dan borang 8 berharga RM 17 ringgit kesemuanya dan RM 8 untuk buku Modul Keluarga Sakinah: Adab Bernikah (Pilihan). Hendak beli bagus boleh berlatih-latih tidak beli pun tidak mengapa. He he he. Kemudian borang itu boleh diserah kepada juru nikah nanti dengan sendiri atau pihak jabatan agama akan uruskan. Terpulang kepada individu. Itulah serba sedikit pengalaman Aq semasa menguruskan permohanan kebenaran untuk bernikah. He he he. Ini proses untuk negeri Johor. Mungkin ada perbeza sedikit untuk negeri-negeri lain.

p/s: Yang penting jangan last minute. He he he.

11 ulasan:

ZaliHazali berkata...

Xsabar menanti hari bahagia...status status...hehe

en_me berkata...

ammvoiii, nak kawen ghitewww

edriaty berkata...

susahnya nak kawen.
macam2 nak kne buat.haha

President (wiir2000) berkata...

x la complicated sgt....kena buat flow chart aar..hehe...

Tanpa Nama berkata...

byk gak steps utk johor ea..

aku nye ari tu..

amek kursus kawen..
amek borang..
p buat hiv test

pastu suh ayah aku submit je..

and..tggu tok kadi datang mse wedding day...

Hint PerihaL berkata...

xsabar nak teman ko tdo...

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..byknye steps..n byknye borang..huhu

p/s: thanks bro. kad dah smpai. hehe

Yazid Husain berkata...

to myself

hehehe. excited.

to en me

hehehe.

to edriaty

tidak mengapa negeri sembilan mas khawin paling tinggi dara RM 200, janda RM 300. Kalu di johor baru RM22.50

to president

ikut je flow dia. senang

to tz

senangnya. hehehe

to hint

alamak jangan pecah rahsia dekat sini

to princess liyana

negeri sembilan senang je kot.

- j o h a r i - berkata...

igt beb, masa mlm nk nikah tu yg paling penting tok kadi..make sure ade org yg jemput dia kt umah.. krg x psl2 pkl 12 baru ko bernikah

Yazid Husain berkata...

aq, saksi dan tok imam sekali sembahyang jemaah. he he he

Annif Annas berkata...

susah ek? tapi aku dah ade sijil kursus kawen. isk. aku nak kawen gak. tapi dgr memacam kne wat.. risau lak aku tetibe.. HIV? aku lepas tak? isk? Talasemia ko wat tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails