2009/03/11

Raha & Wanne's Wedding

Pertama kali Aq menghadiri upacara malam berinai seumur hidup Aq. Ada juga sedara-mara Aq buat akan tetapi acap kali terlepas dan tidak berpeluang menghadirinya. Sebenarnya terdapat tiga peringkat malam berinai. Pertama dikenali sebagai malam berinai curi dilangsungkan tiga hari sebelum hari langsung. Kedua dikenali sebagi malam berinai kecil dilangsungkan dua malam sebelum hari langsung. Dan ketiga dikenali sebagai malam berinai besar satu malam sebelum hari langsung. Upacara malam berinai kecil hanya melibatkan saudara mara manakala malam berinai kecil melibatkan saudara-mara, jiran tertangga dan sahabat handai. Kedua-dua malam berinai ini tidak memerlukan kehadiran pihak lelaki.
Malam berinai besar selalunya diadakan selepas majlis akad nikah. Khas untuk jemputan daripada kedua-dua mempelai. Pada malam ini mempelai akan dipakaikan pakaian chantek-chantek. Selalunya baju songket menjadi pilihan. Seronok betul, di sini saudara-mara berpeluang menyakat kedua-dua mempelai. Suasana gumbira dan seronok dapat diwujudkan. Mungkin ini adalah salah satu cara mempelai lelaki lebih mengenali keluarga mempelai perempuan.
Sebenarnya malam berinai bertujuan untuk kebersihan dan kesucian kedua-dua mempelai, kerana ini dianggap 'berkat', iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Kedua-dua bakal mempelai dianggap wangi dan berdarah manis.
Ketika ini juga Aq menuntut ilmu daripada tukang amik gambar resmi untuk resepsi klali ini. Banyak juga ilmu yang diturunkan. Terima kasih Looksharp. Taniah kepada Raha dan Wanne. Semoga berkekalan sepanjang hayat.

p/s: Adat malam berinai masih di jalankan oleh orang kita.

6 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

tapi aku xsuka pakai inai..buruk r..wlpn si she tu jenis ketagih inai...

en_me berkata...

Tanam nyiur gading,
Jual di pekan danok;
Lihat orang bersanding..
Bantal guling dipelok-pelok.. ammvoiii..

shandye. berkata...

banyak benor resepsi yg dikunjungi...

haih...

:+:+: Ashikyn :+:+: berkata...

berinai cm best act~ hehe..

Yazid Husain berkata...

to hint

kalo lelaki pakai tiga jari je.

to en me

berpantun lagi. he he he he

to inchek shandye

bulan ini sahaja ada 10 jemputan

to ashikyn

memang art. bila di lukis di tangan

LookSharp berkata...

Oit muke aku tak de ke....hehehe takde gurau je...:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails