2009/01/02

Engagement; Making of Hantaran

He he he. Memang mula-mula agak tertekan apabila Aq masih belum mendapatkan idea bagaimana mengubah hantaran. Apa yang bermain dibenak fikiran Aq adalah menggunakan bunga segar. Dan siapa yang akan mengubah bunga segar dan hantaran Aq nanti? Adakah perlu Aq mengupah orang lain atau membuatnya sendiri? Mula-mula Aq ingin mendapatan bantuan Ali mengenai konsep hantaran. Ideanya adalah menggunakan barang-barang natural. Tetapi Ali tidak dapat menolong Aq sepenuhnya kerana setia dengan kerja.

Dan sebulan sebelum hari perlangsungan. Aq mendapat idea daripada Pesona Pengantin dan sumber image daripada google. Lalu membuat sedikit steckh mengenai konsep yang Aq ingin lakukan. He he he. Fasa pertama sudah selesai. Kemudian Aq ingin meminta bantuan Ayah untuk menjahit alas dulang seperti Aq inginkan.

Dan seminggu sebelum hari perlangsungan. Gubahan hantaran Aq masih lagi 0%. Hu hu hu. Agak tertekan. Kerana barang semua sudah ada, tinggal hendak buat sahaja. Hu hu hu. Dan dua hari lebih sebelum hari perlangsungan. Aq dan Ap mula mengerakkan fasa kedua mengubah hantaran. Pada malam krimas hantaran sudah 25% bergerak dan menampakan idea Aq mula menjadi sedikit realiti.

Dan sehari sebelum hari perlangsungan, tinggal meletakan bunga segar, sireh junjung dan buah. Biasalah bila sudah ramai orang, mesti ada yang datang mengubah hataran. Hu hu hu. Sedikit tidak puas hati. Aq dan Ap membuat sireh junjung dengan bantuan auntie Aq. Aq mengubah kembali apa yang Aq inginkan dengan bantuan Ap. Ha ha ha. Sehingga 4.30 pagi. 90% siap
Disini ada beberapa tips. Pertama, bagi sesiapa ingin mengunakan bunga segar dalam gubahan hantaran, perlu membuka balutan bunga segar yang di dapati daripada kedai dan merendamnya di dalam air. Dan simpan didalam suhu yang agak rendah.

Kedua, sapukan sedikit minyak pada kulit buah-buahan supaya menampakan kesegaran buah tersebut. Ketiga, ini pesan orang-orang tua, kalau hendah cepat jodoh makan sireh daripada sireh junjung. He he he.
Biasalah Aq, agak degil. Tips pertama dan kedua Aq tidak mempratikannya menyebabkan bunga segar banyak layu dan buah-buahan nampak tidak segar.Ahaks. Tips pertama dan kedua Aq dapat daripada Cat after post-morterm hantaran. Ha ha ha.
Dan pada hari kejadian, Aq hanya perlu touch up sedikit. Dan memmastikan tukang bawa hantaran membawa dengan betul. Dan jangan sampai terjatuh pulak. He he he.

p/s: Jangan risau biasa-biasa sahaja hantaran ini

6 ulasan:

Yana Ismail berkata...

huhu..cantik je bro;)ahaks..bila nak btunang?auww..

fresh flowers memang lawa kalau dpt letak..alaahai..

Unknown berkata...

oooo nanti aku nak minta ide korang juga
tanpa caj apa2 mahupun 5% tax gov

izzati fuad berkata...

cantik. nanti untuk kahwin buat sendiri? hehe

Yazid Husain berkata...

to princess liyana

hehehe

thanks. 27hb hari tu

hehehe. Memang tema fresh flower

to hazali

boleh tapi mesti ada sedikit habuan he he he

to missyizati
terima kasih, mungkin buat sendiri

honeyfresco aka ila berkata...

cun la yazid.. kagum aku ko sekreatif tu.. haha, tgn ade seni la katekan.. heheh

bab mkn2 sireh tu aku pn pnah dgr.. n aku pnh gak mkn.. heheh.. tp apsl ko lg cpt dr aku.. hehe. xleh jadi ni..

kawen jemput kwn2 tau.. :)

Yazid Husain berkata...

ha ha ha

Thanks. Hasil idea Aq. Tanpa bantuan AP (adik aq) he he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails