2008/12/02

Forget Easily

Mula-mula, Aq ingin menyapaikan salam taniah kepada Ap kerana berjaya mendapatkan segulung izajah pada 29 November 2008. Taniah.

Orang kita sekarang semakin lupa dengan kepentingan perladangan, cucuk tanam dan berbakti kepada tanah. Semalam tercetus satu drama di mana seorang orang kita dengan bongkak menyatakan bahawa perladangan tiada kepentingan. Mungkin dia lupa bahawa dia pun berkerja di kilang baja. Ahaks. Lagi satu Malaysia pun masih bergantung kepada monocrop Kelapa Sawit dalam pembangunan ekonomi. Kemudian sebelum merdeka lagi nenek moyang kita sudah bercucuk tanam dan berbakti kepada tanah. Mungkin dia lupa bahawa tiada perladangan tiada sumber makanan utama.

Itulah orang kita sudah lupa kepentingan perladangan. Banyak juga orang kita terlepas pandang. Sebagai generasi pembela bangsa seharusnya kita mempunyai padangan seluas lautan supaya kita tidak di tindas. Kita seharusnya kikis sifat memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang ada pandangannya. Tetapi bagi Aq kita harus berubah supaya kita seiring dengan orang lain.

p/s: Tidak guna belajar tinggi-tinggi akan tetapi lupa nenek moyang, asal usul dan tidak berfikir panjang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko ada marah kat sapa ni?

Yazid Husain berkata...

marah? tak aq wakilkan sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails