2008/12/10

Charm Needles

Semalam Aq baru menonton filem seram Susuk. Jalan ceritanya lompat-lompat bagaikan tiada berada di dalam satu garisan. Plot-plot ceritanya digarap dengan bersepah-sepah. Mengisahkan Soraya pelatih jururawat yang menanam cita-cita menjadi artis. Secara tidak sengaja Soraya mengenali susuk melalui Rozana, seorang artis yang mengamalkan susuk. Serta " Susuk itulah yang membezakan antara artis dengan orang biasa". He he he. Menyebabkan Soraya terikut dan terpengaruh dengan Rozana.

Lalu Soraya mengamalkan susuk. Akan tetapi tidak juga berjaya mencapai impiaan sehingga menemui Dukung Dewanga. Sehingga Soraya bersetuju mengamalkan Susuk Keramat. Sehingga Soraya sanggup hilang jati diri dan berubah kepada Suzana. Mengamal ritual dengan memakan daging dan minum darah seorang pelacur berambut blonde. Dan menjadikan Soraya kepada Suzana yang di puja.

Aq sebenarnya setuju dengan pandangan Harith Ikha tetang pendapatnya di Lagi- Lagi Filem, berikut adalah pendapat mereka. Amat setuju.

"... Selain itu, secara peribadi, penulis menterjemahkan ritual 'susuk keramat' di akhir cerita adalah sebagai satu bentuk sindiran sosial kepada masyarakat melayu yang sanggup berbuat apa sahaja sehingga kehilangan jati diri semata-mata untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Di dalam ritual tersebut diperlihatkan Dukun Dewannga telah menggunakan pelacur yang berambut blonde (yang penulis percaya adalah metafora kepada budaya asing atau budaya barat yang kotor dan hina) telah dikorbankan dan kemudiannya kulit dan daging pelacur tersebut telah berasimilasi dengan tubuh Soraya (iaitu metafora kepada remaja melayu yang naif yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita) sehingga bentuk wajah dan tubuhnya telah bertukar menjadi seseorang yang lain.

Ianya boleh difahami dengan teori di bawah:

Pelacur Berambut Blonde + Soraya = Suzanna yang dipuja ramai.

Budaya asing + Jiwa Melayu= Kejayaan tetapi kehilangan jati diri."

Di sini Aq ingin tambah scene terakhir mengenai Soraya / Suzana memakan daging rakan baik bernama Mastura. Mungkin bermaksud akhirnya kehilnagan jati diri boleh membunuh bangsa kelak.

p/s: sila tonton susuk walaupun jalan cerita agak perlahan.

6 ulasan:

ajathajar berkata...

aku dh tgk lm.
jln cte bersepah-sepah.
tp mungkin tu cara producer nk tunjuk derang creative.
creative yg x jd.
tp ok la =)

circleinspoon berkata...

kak ipar aku penah bukak. tapi aku tgk sikit aje (pandangan dibayangi bantal)

hmm..is it like dat? tak terpikiaq pun aku...lagihla aku tgk sgt...but it may be the cause as IT IS directed by amir muhammad. Aku langsung xtau citer tuh dia direct. bila rolling credits baru tahu.

eventhough penceritaan dia berterabur, tapi sinematografi mmg lawa. bulleh tahan gak...

Hint PerihaL berkata...

xde kcendrungan la jid nak tgk filem melayu..dah lama down...nk tggu tyme rya cam ko jugak baru..

Yazid Husain berkata...

to ajarhajar
erm. betul tu. bolehlah. biasa-biasa je

to cirleinspoon
aq sokong sinematografi memang cun. sebab utama juga nak tengok

to hint
memanglah tapi yang nie aq tengok dvd. hehehe

Sinefelia berkata...

terima kasih kerana bersetuju dengan teori kami... :)

dan kami sukakan teori terakhir yang anda kemukakan...

Yazid Husain berkata...

hehehe. terima kasih cuma sambaung apa yang perlu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails