2008/11/29

Race Defender


Aq baru sampai rumah di Seremban kerana mahu menghadiri majlis konvo Ap di Shah Alam kesesokan harinya. Aq tertarik tulis yang terdapat pada paper beg konvo tersebut.

Pembela Bangsa

Siapa pembela bangsa ketika seluruh perasaan didera hati dilapah dan jiwa dijajah mati kaku sebagai hamba di tanah pusaka bumi tercinta. Siapa pembela bangsa menyalakan obor ketika ayah seorang penoreh bermula dinihari curah tenaga sepanjang masa, berpenat, meleleh keringat, yang mampu hanya sesuap nasi, menceriakan ramai wajah, membangunkan sejuta impiaan.

Ajaibnya tanah pusaka bumi bertuah anaknya menjadi peguam cara, cucunya menjadi pemimpin negara, cicitnya berniaga ke selatan ke utara, berdialog-petah dan bersahaja terlupa yang baru ketika keturunanya dalam duka nestapa bertarung dengan tanah, pohon, dan gelora hanya untuk membuka mata.

Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa waja
Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa perkasa
Siapa pembela bangsa anak watan berjiwa mederka

Pintar menunjuk arah jalan pesona gagah membuka pintu seluas dunia, bijaksana mengubah bangsa bermaruah, berharta dan berbangga di tanah perkasa bakal kekal selamanya............(sudah tidak kelihatan tulisan tersebut)

p/s: terharu membacanya.

2008/11/28

25 Year's Old Dilemma


Sedang Aq leka beryahoo messenger semalam. Lalu Empbhone menanyakan soalan yang benar-benar membuat Aq kembali ke zaman berlajar dahulu, "Apa definition delima 25 tu eh?". Mungkin Aq pernah bercerita kepada Empbhone suatu ketika dahulu. Sebenarnya definasi ini lebih kepada apa yang Aq rasa daripada pengalaman yang lepas-lepas dan ketika Aq berkawan dengan orang-orang yang melepasi umur 25 tahun.

Ketika itu, Aq baru sahaja memcecah umur 20 tahun. Aq rasa pelik apabila seorang rakan Aq bernama D bukan nama sebenar, berkelakuaan pelik apabila mendengar khabar bahawa kawan di semanjung akan mendirikan rumah tangga. Kepelikan itu bertambah apabila acap kali mencerita hubungan D dengan Exs si D ini lah. Si D mula bercerita kerisauannya yang masih tidak mendirikan rumah tangga berbanding dengan rakan lain. Akan tetapi di luar si D nampak tenang dan bersikap happy go lucky. Si D akan mencerita kegelisahan apabila mula mendapat jemputan khawin dan mendengar khabar rakan-rakan yang berkhawin. Perkara ini berlalu sepanjang umur 25 tahun si D.

Kes kedua, apabila Aq berkawan dengan G bukan nama sebenar. Ketika itu, Aq menumpang rumahnya. Menjelang umurnya 26 tahun, si G mula menunjukan sikap seperti si D pada awalnya. Si G mula gelisah apabila mendapat khabar rakan-rakannya mula melangkah kepada alam perkhawinan. Si G pun ada bercerita kegelisahannya, tetapi pelik apabila pergi kenduri khawin si G berkelakuan seperti biasa tampak tenang. Kegelisahannya mula muncul di malam hari.

Di situ mula tercetusnya idealogi Delima 25 Tahun. Aq mula berpendapat seseorang lelaki akan rasa sunyi dan keinginan berkhawin tinggi apabila mencapai umur 25 tahun. Pada mulanya Aq hanya beranggap sinis dengan perkara ini. Akan tetapi bila menjangkau umur 25 tahun rakan-rakan yang sebaya dengan Aq mula menunjukan perubahan ini. Ahaks.

Definasi Delima 25 Tahun :- Adalah di mana seorang lelaki dalam delima ingin berkhawin akan tetapi dia masih single dan perasaan ini akan diluahkan kepada rakan atau teman rapat sahaja. Di luar dia nampak tenang, akan tetapi apabila dia keseorangan dan bersama rakan atau teman rapat dia akan mula mencerita perasaan mereka. Selalu terjadi terjadi ketika 25 tahun hingga sebelum 26 tahun.

p/s: sebenarnya tidak kira usia, delima 25 tahun hanya pada nama. bila sampai masa manusia akan berfikir untuk itu. fitrah. Adam dan Hawa.

p/s/s: rujuk Delima 25, garapan Emphbhone.

2008/11/27

Terus Terang





1 2 3 4
Isnin Sampai Jumaat
Wang Ringgit Boleh Dicari
Tapi Mana Nak Sama
Dengan Kau Seorang
Yang Suka Berterus Terang
Hanya Kau Yang Ku Sayang

1 2 3 4
Siapa Cepat Dia Dapat
Kalau Sakit Makan Ubat
Tapi Mana Nak Sama
Dengan Kau Seorang
Yang Suka Berterus Terang
Hanya Kau Yang Ku Sayang

Yang Ku Sayang
Hati Riang
Jiwa Tenang
Daku Senang
Terus Terang

Semakin Susah Nak Menjadi
Seseorang Masa Kini
Tapi Saya Tak Peduli
Janji Hati Yang Riang
Dengan Kau Seorang
Yang Suka Berterus Terang
Hanya Kau Yang Ku Sayang

Dengan Kau Seorang
Yang Suka Berterus Terang
Hanya Kau Yang Ku Sayang

Yang Ku Sayang
Hati Riang
Jiwa Tenang
Daku Senang

p/s: bodoh untuk berterus-terang. maafkan. terus berubah pada saat ini.

2008/11/26

Dysthymia

Berikut adalah sambungan photos semalam. Aq bangun pagi hari itu, Aq bagaikan di tarik untuk ke laut untuk menikmati keindahan pagi. Aq tidak tahu cuma rasa kosong ketika itu. Mungkin perasan gundah telah mendominasi sebahagian. Entah. Gundah pasal ape? Aq hanya mampu mengosongkan fikiran. Jiwa kosong. Bos Aq tanya semalam kenapa gambar kosong yang ko amik? Aq terdiam marah. Memang rasa kosong masa tu. Entah. Mungkin Bos terasa Aq tidak rakam sebarang wajah bengisnya. Malas.








p/s: Aq ini bodoh di beri peluang buat benda sama juga. Sigh.

2008/11/25

Family Day At Pulai Desaru

Selesai bertugas sebagai crew F&B Bio Desaru. Bermula eposide bercuti di Pulai Desaru. Memanglah lepak. Akan tetapi semangat beach boys yang kuat membuatkan Aq bersungguh-sungguh ke pantai. Malangnya Aq tidak dapat membasahkan diri dengan laut kerana dekat tepi pantai terpacak bendera merah. Yang bermaksud tidak dibenarkan mandi dan marbahaya.

Agak khecewa sedikit, tetapi mencari idea lain untuk berseronok. Akhirnya bermain bola tampar pantai. Bolehlah buat geli-geli menghilangkan perasaan bhusan dan khecewa.

Setelah berpeluh bermain bola tampar, Aq mempratikan skill amik photos di tepian pantai bersama HinT. HinT mintak Aq ajar cara-cara mengambil photos. Aq boleh ajar sedikit sebab Aq kurang pros. Kalu photos terakam muka Aq tu, maka HinT yang amik. Kira kitaorang pose ala-ala man hunt di tepian pantai.
Hitam. Photos by HinT
Berdiri. Photos by Aq Duduk: Photo by HinT. Berdiri dan Duduk adalah techniques third of view.
Berlari. Photos by HinT
Wajah Rusing. Photo by Aq. Hehehe. Malam yang debaran telah muncul. Dimana department Aq kena memperagakan pakaian, kena jalan ala-ala catwalk or super model. Adeh. Gelilah.
Photo by HinT. Wardrobe by Cat. Hehehe. Teringat Aq ketika terlibat dengan Kumpulan Anak Dara Tanjung masa di Sabah dahulu. Aq di vote sepanjang malam Aq kena phewit, rasa tertekan juga. Itu agaknya perasaan wanita apabila kena phewit, rasa tidak selesa rasanya. He he he.
Ahad. Keesokan harinya. Aq bangun awal lalu Aq ke tepi pantai melihat dan menikmati keindahan alam. Ada merakam mungkin Aq post lain kali sahaja. Pagi itu bermula acara telematch. Hehehe. Team Aq menjadi johan untuk keseluruhan game telematch tersebut. He he he.
Photos by Aq. Model by MySelf.


Photos by Aq.

p/s: seronok dalam duka. HinT tanya macam dalam delima je?

2008/11/24

Bio Desaru The Organic Food Valley

Sabtu:- Aq bertugas sebagai Crew F&B di Majlis Pelancaran Bio Desaru. Tugas Aq pastikan makanan cukup, semua crew yang terlibat memperolehi kupon makanan dan memastikan majlis makan berjalan lancar. Hampir Aq tidak sempat merakam detik perasmian Majlis Pelancaran Bio Desaru. Ini sahaja photos yang sempat Aq rakam di Majlis Pelancaran Bio Desaru. Ini pun setelah tugas Aq terlaksana.
Dato' CEO menerima urutan daripada staff Phytoshoppe.
Berikut beberapa kenyataan ahkbar mengenai Bio Desaru.
NST - Johor to Produce Organic Food.
The Star -
Organic Food Valley Grows with RM 1.5b Investments
Berita Harian - Bio Desaru Mampu Tarik Pelabur
Utusan - Bio Desaru Tarik Pelaburan RM1.5 bilion

p/s: Hu hu hu. Penat.

2008/11/21

Sudah Kembali Tapi....

Walla. Aq kena ada urusan kerja di Desaru sempena Bio-Desaru 2008 dan Hari Keluarga. Maka kena tinggal kejap niat untuk menulis di Bebelan Anak Tukang Jahit. Sudah kembali menulis dengan kadar aktif. Dan lama kena siptom "blogger block" dan ramai rakan-rakan blogger juga terkena penyakit yang merbahaya ini. Penyakit Aq sudah sembuh rasanya. Ini kerana dapat semangat dari MySelf dan HinT. Oklah dalam Jam 10 Aq mahu bertolak ke Desaru. Sekembali Aq dari sana Aq akan letak photo-photos terlarang, lelaki berpakaian perempuan, perempuan berpakaian lelaki, pantai dan laut.

p/s: Dapat semangat untuk menulis kerana sekarang Aq ada sepejabat yang aktif memblog. MySelf - Marah Marah Sayang dan HinT - PeRiHaL

2008/11/20

Kembali


Memanglah Penat
Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali tak akan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi

p/s: Aq ingin kembali membebel di Bebelan Anak Tukang Jahit.

2008/11/18

Move It And Moto Moto

Tidak kering gusi melihat gelagat Move It and Moto Moto. Menontot gelagat haiwan bandar kembali ke tempat asal mereka. He he he. Layan juga OST-The Travelling Song garapan Will.I.Am


p/s: The name's so sexy you gotta say it twice

2008/11/17

Majlis Berkhatan

Photo di atas: cuz Aq setelah selesai berkhatan.

Nampak bersahaja, bagaikan raja sehari. Kenduri khatan dia ini ada 300 jemputan, sebuah khemah, ada goodies, ada kad jemputan dan yang best cuz Aq dapat duit keruk. Walla. Macam pengantin pulak. He He He. Kelakar pakcik and makcik siap deman-deman lagi. Mungkin pening uruskan majlis berkhatan ini. He He He.

p/s: Dia bukan tengah mojo, itu adalah hanger yang diikat dengan pinggang supaya kain tidak melekat terus. He He He.

2008/11/13

Quantum of Solace


Deman Double O Seven kembali. Aq baru sahaja tonton Quantum Of Solace. Jalan cerita menarik. Mengisahkan James Bond memburu organisasi yang tidak dikenali oleh agen-agen yang menyebabkan kematian kekasihnya, Vesper Lynd. Aq sebelum tonton Quantum of Solace, Aq study balik Casino Royale. Hendak ingatkan kembali. He He He.


p/s: Jalan cerita menarik tetapi kurang gadjet macam filem-filem sebelum ini. Best banyak aksi yang dilakukan sendiri. Siap calar-calar seksi terhasil. Hawt!!!

2008/11/12

Zoo Johor

Aq diarahkan untuk mencuci kandang singa dan harimau. Bukan satu malahan dua akan tetapi empat kandang. Kami kerjakan. Menguji keberaniaan kami betul. Malas hendak membebel panjang. Lihat sahaja photo-photos yang ada.



p/s: antara kerja-kerja sosial yang pernah Aq lakukan.

2008/11/08

Engagement: Sya & Amir

Rintitan Majlis Pertunangan Sya & Amir


Aq tak membebel dengan lanjut. Ini apa yang Sya komen dekat testi Friendster Aq.

"yazid...thanks a lot for coming on my pre-big day... ehehe...lots of love for you and alijah for sharing lots of love with me too...felt damn better with u n alijah around...God knows how much i appreciate it..thanks dude..n wish u and alijah the best s well....slamat bersedia untuk bertunang s well!!!!!(dunt forget to gv me those pic frm ur SLR...ehehe..)thanks and thanks to u too cat(i know ur reading this s well)...love u cat...yazid n u both are lucky to hv each other...mmmmuuuuahhhh..(to cat ONLY)..ahaks"

p/s: Aq menjadi second cameraman untuk majlis ini. Ha ha ha.

2008/11/01

Want To See Are Real of Me?


Aq masih menjadi perbualan mereka. Mereka mahu tahu diri Aq yang sebenar. He He He.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails