2008/03/16

Right Now, I Need Some Rest

Baru pulang Agus untuk menonton Zoom In. Fa dan Kucai tengah sibuk memasang lampu di laman anjung Teratak 42. "Buk !!!". "Yazid keta ko kena langgar". Shelake. Lalu Aq lihat keadaan MyVi. Argh tempat sama yang dilanggar lagi. Tempat itu sudah tiga kali dihentam. Kereta Wira BEN 455, kereta milik jiran Aq menlanggarnya. Sudah melanggar lari pulak itu. Housemate dia keluar, "Sorry dia mabuk". Nasib baik calar sikit tiada sebarang kemek yang timbul. Aq dengan blur cakap "Tak pa, tak pa". Argh!!!

Kemudian Aq ingin mengalihkan MyVi masuk ke laman anjung Teratak 42. Aq nampak Fit sedang mengaru kepala yang tidak gatal. Lalu menberhentikan MyVi. Argh!!! Tidak!!! Aq baru sahaja dapat status pembunuh. Aq telah melanggar seekor anak khucing putih yang baru mengenal kehidupan di dunia. Aq dan Fit tergaman lalu meyuruh Fa menanam bangkai anak khucing putih itu. Walaupun telah sejam berlalu Aq masih rasa bersalah. Maafkan Aq.

p/s: Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Cat kena buat pulut kuning masa baru dapat kereta dan motor.

19 ulasan:

Fairuz berkata...

ko tak sengaja. bukan ko saje je langgar anak kucing tu..

tapi memang kecian anak kucing tu ;(

ajathajar berkata...

thanks 4 da piccas yazid!

anyway, jgn rs berslh..
ko x sengaja..
tp klu aku pn confirm rs berslh!
hehe..

zaidi berkata...

thehehe..aku ingat ko calit je cat merah kat keta jiran ko yg mabuk tuh..standby cat merah dalam plastik yang diikat getah..jgn lupa pakai sarung tangan..nnt kena trace ngan CSI

Cokelat Stoberi berkata...

xsengaja xpe kot.
sian kucing itu.
sme salah jiran ko tuh la.
mmg patut kne simbah cat merah. =D

Azhar Ahmad berkata...

Sangat sadis cerita tersebut. Terutama sekali anak kucheng yang tak berdosa itteww.. syedihnya....

Yazid Husain berkata...

to fa
sedih :(

to ajat
ok thanks.

sedih dan bersalah :(

to zaidi
mula-mula nak buat juga, tapi baru tadi dia nak bagi duit rm 200.

to cokelat stoberi
tu lah, jiran aq yg salah. sampai aq berstatus pembunuh.

to azhar
sadis dan sedih :(

abeming berkata...

ok ar kalo dia dah nak bayar...mesti bercelaru jap kan?hehehe...

peyus berkata...

isk..umur kucing 2 x pnjg r 2..
ko pn x sengaje..xpe2..

klu aku jmpe jiran ko yg mabok 2, mau aku pijak2 perot die IF badan die kecik cam bdk2 tadika r..haha!

Yazid Husain berkata...

to abeming
celaru lah. antara maafkan atau tidak?

to peyus
ko memang sengal. thanks cuba buat aq gumbira. memang pendek orangnya paras dada aq sahaja. tapi badan dia sasa dah...

Tanpa Nama berkata...

memang sedeyy.. sesedeyynyer..

ben 455 dengan teratak 42 memang x ngam beb..

Yazid Husain berkata...

entahlah. sejak aq tinggal di teratak 42 jarang sekali berbual denhan ben 455

A t i Q a h berkata...

Dah jatuh ditimpa tangga. Alahai~
Bro, dah tiga kali kena langgar lari oleh jiran? Tak minta compensation ke?

shandye. berkata...

pulangkan!!!

tetibe je puntianak mak kuceng tue datang...
ngee...

eh.. sejak ble abg azhar reti menaip ittew begittew?

konpius jap...

nie mesti dh berjangkit daripada sumone...

wakakakaka...

circleinspoon berkata...

drunk driver is the worse.
stakat keta kau calar sket aje xpa.
aku dok bayang dia bawak keta kat jalanraya dlm keadaan tuh. diri dia aku xkisah...peduli ape nak jadik ape pun kat kau, tapi org lain kat jalanraya tuh???

sheet.
drunk driver is the worse

-fAiZiQ- berkata...

pakat arr geng2 teratak 42, tangkap jiran ko tu pastu ikat kt pokok mangga depan umah. then kasi kerengge kt badan...


huh.... bleh dituduh membunuh tanpa niat. cian anak kucing itteeww....

President (wiir2000) berkata...

rilek yazid..

kisah ko ni mmebuatkan aku teringat kisah aku juga..

aku post kat blog aku la...
http://wanirma.com

Yazid Husain berkata...

to atiqah
bukan kena langgar dgn orang yg sama cuma tempat itu sudah 3 kali dihemtam oleh org yang berbeza

to mista shandye
takut juga kalu-kalu kena badinya

to cirleinspoon
tulah menyusahkan org kalu dah mabuk duduk umah sahaja

to faiziq
rasanaya antar panjang je serang mamat tu.

to president
teringat memori silam

-fAiZiQ- berkata...

huh... mmg bagus, anta si oanjang jer... lgpun badan dia besar...

Yazid Husain berkata...

aq dah arahkan panjang pergi slow talk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails