2008/01/05

Thanks For All The Condolences

Sebentar tadi sepupu, Rina, 7 menyatakan "Rina tak nak mati!". Mungkin budak kecil ini tidak faham dan rasa terkejut masih ada dengan kehilangan arwah atuknya.

Jam 2345 Aq mendapat panggil daripada Emak Aq. Dalam hati sudah terdetik "Jarang Emak menelefon pada waktu bergini. Aq menjawab panggil Emak Aq dan Emak menyampaikan perkabaran mengenai "Atuk lelaki sudah tiada, pukul 11.15 tadi" Aq terperanjat. Lalu Aq mengambil keputusan unutk terus pulang ke Senawang. Aq meminta bantuan Geweng untuk menemani Aq merempuh PLUS pada waktu tengahmalam. Terima kasih Geweng kerana sanggup menenami Aq sehingga Alor Gajah. Dari rumah Fa Aq meneruskan perjalanan ke Senawang. Dalam kotak pemikiran Aq terasa kusut yang amat. Aq rasa ini hanyalah mimpi. Setelah tiba di rumah, Aq mendapati suasana hiba mula terasa, Aq lihat Pak Ngah dan Ayah berada di halaman rumah. Dan Pak Long tengah membaca Al-Quran. Ketika itu juga lutut Aq mengeletar melihat Atuk sudah terbujur dan dikaimkan. Aq terus berwuduk dan membacakan arwah sebuah surah Yassin. Aq terasa hiba dan mengalir air mata.

Sekejap sahaja rasanya proses mengkafankan arwah. Sangat mudah dan dipermudahkan. Adik-beradik Emak dan sepupu-sepupu turut membantu proses memandikan dan mengkafankan arwah. Semua diselubungi hiba. Otak Aq mula melayang "Bagaimana Aq nanti adakah Aq akan dipermudahkan seperti Arwah?". Perasan takut dan tunduk kepada-Nya mula terasa. Apa yang perlu Aq lakukan adalah mengamalkan ajaran oleh arwah. Kemudian kami beramai-ramai bersolat jenazah dan arwah selamat dikebumikan di Makam Hj Said, Siakmat.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikasihi di sisi Allah, Al-Fatihah".

p/s: Thanks for all the condolences. Sorry I didn't reply any of them.

p/s/s: Rasanya baru sahaja makan dan mengeteh bersama, memotong rambut Aq, mengajar Aq mengaji, menegur segala kesilapan Aq dan memberi nasihat yang berguna.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Tanpa Nama berkata...

sabar... sabar... semua yang hidup pasti mati..

abeming berkata...

huhu...sedey...

edriaty berkata...

rasanya baru arituh
kita beraya bersama2 kt umah ko.. =(

Yazid Husain berkata...

All, Thanks. Yup Edriaty baru sekejap rasanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails