2007/09/28

Nokotta!!!

Ramadhan 16

Yeah, finally update juga setelah mendapatkan Streamyx secara "halal" setelah empat hari hidup di Teratak 42 tanpa internet bagaikan seorang pekerja FedEx yang terkandas di pulau dan berkawan dengan Mr. Wilson.

24 Jam Tanpa Internet

Hidup agak dull, kerana rasa kebosonan yang agak mendalam maka Aq memberanikan diri untuk menonton movie Sumo-Lah hasil garapkan Afdlin. Movie banyak mengajar erti kehidupan dan semangat pantang berundur sebelum melakukan sesuatu yang digarap dengan kreatif seperti penulisan seorang pemblog. Banyak persoalan yang timbul dalam movie ini seperti kita lupa dengan kelembutan budaya kita, alat warisan musik kita, warisan budaya kita dan mengingati kita jangan mempercayai orang berkepala botak. Semagat Nokotta juga diterap yamg bermaksud "Never Give Up, The Fight Is Not Yet Won" kalau peribahasa nenek moyang kita "Pantang Maut Sebelum Ajal" kiranya jangan berundur sebelum berusaha untuk mecapai sesuatu. Itu pesan nenek moyang kita kepada cucu-cucunya.

Siti Binti Honda (Bukan Ford Escort) image from Sumo-Lah

48 Jam Tanpa Internet

Rutin Aq setiap hari Rabu melayan KAMI The Series. Eposide kali ini lebih fokus atau daripada sudut padangan Adii. Mengisahkan kisah hidup Adii, mempunyai ibu yang pekak dan terperangkap dalam "cyber lover" (yang suka berchating untuk mengisi jiwanya kosong) dan juga kisah delima antara valina_ais dan public_enemy. Eposide kali ini Aq tidak dapat tengok pada minit-minit terakhir kerana menghantar rakan Aq ke Sri Putri untuk mengejar bas ke Shah Alam pada pukul 11.00 p.m. Setelah selamat menghantar oleh Aq dan kesemua ahli Teratak 42 (dah bosan hidup tanpa internet) kami pun membeli empat DVD baru.

72 Jam Tanpa Internet

Cinta yang dipendam sehingga akhirhayat Alia Image from Cinta Pertama

Kucai mempropose supaya memasang Streamyx di Teratak 42. Kucai sudah tidak keruan hidupnya. Kesemua DVD yang baru dibeli sudah dilayannya. Ketika Aq melayan Cinta Pertama, Kucai bermimpi bahawa dia sedang melayari Internet dah sedang meng"add" rakan-rakan di Friendster malangnya itu cuma mainan tidur Kucai. "Kucai nanti ko propose dekat semua ahli Teratak 42 mungkin dia orang setuju 100%"."Tunggu raju balik"."Tak pun ko buat satu kertas kerja kenapa perlu streamyx di Teratak 42". H e he he.

Kini

Aq di Seremban sedang mengupdate blog. Wah!!! bas-bas dekat Melaka Sentral semua Pukul Parang Belakang menjual tiket daripada Melaka ke Seremban dengan harga RM 40 ringgit. Cekik darah di bulan Ramadhan. Lantak koranglah. Akhirnya Aq mengunakan Plan B

p/s: Bolehlah ikuti kisah tanpa internet di Teratak 42 pada Kucai Blog - ~Merempuh Arus Masa~ dengan entri bertajuk One Day Without The Internet dan 4 Hari Tanpa Internet.

p/s/s: Miss Tz, Aq sudah update blog. Sila mendengar.

3 ulasan:

edriaty berkata...

nak pasang streamyx eh...
ckp kt aku.hahahha...aku buatkan.

wah..bia betik,smpi RM40..
mahal giler siot..da bleh isi
minyak n tol g jb..hehehe....

edriaty berkata...

sumolah aku tgk kt wayang..
sapot la filem melayu kita!

baik pnya cilok pon tgk wayang,
gila2 pengantin remaja pon.
berlari ke langit pon.
KL menjerit,KL menjerit 1 pon.

sembilu 1 2 3 di ambang wati
xtermasok!hahahha.. time tuh aku
hingusan lagi.. hahah

Yazid Husain berkata...

memang cekik darah betul tambang jb ke kl baru 30 / jb ke seremban baru 20

semua cite adflin aq tgok - soal siapa, soalnya hati, baik punya cilok, buli 1, buli 2, sumo-lah. kemudain cite yasmin ahmad - rabun, sepet, gubra, muksin.
Kemudian cite PGL, G&G, Cinta, Surat Untuk Bulan (sebab ada Hawt Mum - Sazzy Falak).

Hidup Filem Melayu dengan Idea Baru!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails