2007/09/22

Love Triangle; Putih's Sooooo Hawt!

Ramadhan 10

Kisah cinta Betik dibebelkan sekali, kali ini kisah ini lebih hangat. Bukan lagi kisah cinta tiga segi mahupun cinta tiga titik pada satu garisan tetapi telah jadi kisah cinta empat segi malah lebih rumit lagi apabila melibatkan manusia dan penambahan lagi rival baru (another Jantan) untuk Betik mendapat kasih Si Putih. Sebelum Aq, Fa dan Kucai bergerak ke JJ, Taman U, Fa dan Aq bagaikan paparazzi mengambil gambar hangat Si Hitam dan Si Putih bagi membuang rasa bosan menunggu Kucai selesai mandi. Gambar kali ini di ambil oleh Fa, dengan melangkah perlahan-lahan Fa mengambil gambar ini supaya kehadiran kami tidak disedari. Si Hitam sudah dapat menghidu kehadiran dengan mengunakan kelebihanya (warna bulu dia) menyorok daripada di ambil gambar oleh Fa. Mungkin Si Hitam tidak mau cerita cinta disiarkan di alam maya. "Hitam ko terlambat la..."

Gambar 1: Mari sayangku Putih, tinggalkan Betik tu.

Gambar 2: Run Putih Run, Paparazzi!.

Aq ke JJ, Taman U adalah bertujuan membuat survey untuk barang raya untuk family. Aq bugdet-bugdet apa barang yang perlu untuk family Aq. Selepas kami pulang, semasa Aq hendak parking kat Teratak 42. Drama cinta Betik masih belum selesai, kali terdapat rival baru dan Putih telah di angkat sebagai kucing paling hot sekitar Lorong 26 ini bagaikan ratu kebaya. Putih menjadi rebutan kepada tiga ekor kucing jantan yang lain. Siapakah yang akan memangi hati Si Putih. Setelah gambar-gambar demi dirakam baru terbukti Betik masih lagi gagal, dan Si Hitam tetap pujaan Si Putih. Mungkin kerana Si Putih seperti terkena wabak lagu Kekasih Gelap menyebabkan Si Putih memilih Si Hitam.
Gambar 3: Putih's Sooooo Hawt!
Gambar 4: Mari kekasih gelapku.
Gambar 5: Betik mengcover perasaan kecewanya dan kembali kepada priority utamanya iaitu kekenyangan perutnya.

Inilah kisah cinta tiga titik pada satu garisan yang telah menjadi rumit apabila kehadiran titik-titik lain terhadap satu garisan. Hari ini memang panas Aq hampir kantoi puasa setelah berjemur di site daripada pagi hingga tengahhari. Air, air, air!!! Di tambah dengan kisah panas Betik. Di tambah dengan kempen pemasan global oleh emak Shin Chan yang berupaya menyelamat dunia daripada pemanasan global.

p/s: To Edriaty, Betik mengharap cinta ko semula. He he he

9 ulasan:

فيصل berkata...

wahh.. aktifnye paparazzi yazid nih.. tu la.. si putih tu aku rasa la ada aura seri.. tapi sihitam tu jenis menyerap aura maka die lebih tertumpu pada sihitam..

hitam,mutu,keunggulan bak iklan perilys geweng...

"jap lagi elok la radio tu"(ni iklan yang takda mengena ngan cerita)

"aduh pak haji.. saya mana ada duit nak baya semua nih" antara ayat yang takda kena mengena(gila iklan aku ni.. hehe) jeles siut adsense ko approve

Emphbone berkata...

fuck dem all

Yazid berkata...

to fa ya sod lam
jgn jeles terhadap ad sense aq

tp emphbone
anda mencaci, jgn bawa masalah peribadi anda ke dlm blog ini.

edriaty berkata...

hahaha..ape kess la korang nih..
nama aku pon kua skali eh..xpe..
aku setia kanda Betik..tuh la..sape
soh gatal ngn putih.kan da kne dump.
dia ske niger jgak la..nak wat cane.
hahaha.. =D

Yazid berkata...

hehehe
Akan aq sampai kesetiaan ko kepada kanda Betik. Si Hitam bagaikan Pimp yang menjadi pojaan.

abeming berkata...

perghh...ko mmg wartawan kucing yg sgt berbakat la yazid...sape emphbone ni?web designer?huhu...ganehnya bhs...

"kenape saye suka rumah saye...mmmm"

saje tiru kuchai...

"kenapa awk tanya saya soalan ni..."

saje nk tambah lagi...

=)

Yazid berkata...

emphobone ini ex-housemate teratak 42, freelancer web, budak master biokimia, seorg pelumba dan filrter. (he he he emphone jgn marah) tak lupa juga seorg DJ. Multi-talented juga orgnya.

incik samri nak adsense ergh.

Emphbone berkata...

haha masalah aku pun pernah menjadi masalah kau juga bila kau terpijak bom betik ekekek..
Kau dah jadi betik magnet ke belum?

Yazid berkata...

belum, skarang geweng je sahaja yang jadi mangsa bom betik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails