2007/03/15

This Week News Headlines

Berikut adalah tajuk berita sepanjang minggu ini.

19 A1's to 14 A1's, 4 A2's and 1 B3's

Penang, 12 Mac - Sedih mendengar berita bahawa Nadiah Amirah budak daripada Sek. Men. Keb. Tun Sardon, Rengit hanya mencapai keputusan SPM sebanyak 14 A1 yang sebelum ini gembar -gembur sebanyak 19 A1. Aq sebagai warga Rengit terasa malu dan terkilan kerana banner yang mempunyai muka budak ini telah di gantung sepanjang tiang lampu di pekan Rengit. Eh kenapa budak ini menjadi isu, masa aq dengar berita ini di Hotel Seri Malaysia, Penang. Aq ke Penang semula untuk 2nd interview di Shorubber. Setelah perjalanan agak jauh daripada Seremban ke Rawang, kemudian ke Penang.

The A's

Penang, 13 Mac - Keputusan SPM keluar, ada yang gembira dan ada juga yang sedih. Kali ini interview aq hanya memakan masa 15 minit, tidak seperti kali pertama di mana interview sehingga 1 dan 1/2 jam. Aq di Interview oleh Mr. Ikeda dan Madam Zalina. Macam di Rawang pada semalam (hari Isnin), interview untuk manufaturing ex di Unilever Food hanya 15 minit, ringkas dan padat. Lepas interview aq pergi jalan-jalan keliling Padang Kota, Tanjung Bungah dan Batu Feringgi. Terus balik ke Seremban. Sampai di rumah aq kena hantar adik aq ke UKM, Bangi lepas terus balik ke Shah Alam.

Mawi hypnotized by "Spiro"

Shah Alam, 14 Mac - Mawi? Belia Benci Dadah! Why? Bukan cerita pasal artis ini. Aq telah berjaya dihasut oleh boss aq untuk join MLM. Bukan apa aq sudah tidak tahan mendengar cerita yang sama tiap-tiap hari, minggu dan bulan. Maka RM 50 di korban untuk menutup mulut dia. Aq rasa hendak mengalir air mata apabila terpaksa mengeluarkan duit. Maka sekarang ini, secara rasmi aq menjadi agen jualan langsung. Untuk pengenalan produk aq cerita di post lain.

Chikas with Dem Jeans

Shah Alam, 15 Mac - Song of the week. Chingy feat Jermaine Dupri - Dem Jean. Ada kaitan dengan kehidupan di sekeliling aq.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails