Sepatutnya cuti hari ini tapi kena juga berkerja. Kena hadir untuk Seminar Usahawan Siswazah Daerah Klang, konon-kononnya close sale di sana. Bangun pagi-pagi, konon-kononya hendak berebut booth akan tetapi cuma ada 3 booth sahaja.
Sesi Pagi
Tertingal banner kat office kena ambik balik ke Shah Alam section 9 balik. Sambil-sambil itu, mencari sarapan pagi sebab perut lapar amat sangat. Cari di Mesra section 6 sarapan sudah habis. Kemudian ke Mesra section 7 baru jumpa makanan. Habis makan bermulalah agenda seminar. Sesi pagi memang membosankan. Aq tertidur, malu betul gambar kena amik oleh boss aq. Malu, ngatuk dan sleepy. Kena gelak oleh boss dan staff kat sini. Kena perli. Malu, ngatuk dan sleepy. Buat-buat baca buku dan FHM. Still bosan tahap agung hendak balik akan tetapi MyVi tidak bawa sebab tumpang keta boss.
Sesi Petang
Majlis mula rancak sebab ahli panel forum hebat belaka. Antaranya MD aq, Dr. Irfan Khairi dan Dr. Azman Chin. Mereka semua bercerita pengalaman mereka dan bagaimana hendak menjadi usahawan berjaya. Antara yang ditekankan di sini jika hendak berjaya mesti ada matlamat hidup, jati diri mesti kuat, tahan cabaran, jangan takut gagal dan sentiasa mempunyai usaha. Kesemu ahli forum ini sudah bergelar millionaire walaupun masih belum lagi disenarai 40 terkaya di Malaysia. Forum ini banyak juga menyedarkan diri aq dan telah membuka minda aq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan