2007/02/27

Two Day's at Kelantan

Di Kelantan semua signboard wajib ditulih dalam tulisan jawi. Kaedah ini juga boleh mengekalkan warisan tulisan Jawi. Visit Malaysia 2007 - Visit Kelantan.

Ini pics aq dengan Fahmi yang telah dicerahkan oleh DSC-S40 aq. Ha ha ha. Perasan cerah & putih mamat ini.
Pic wajib kalau aq bergambar dengan Fahmi atau rakan-rakan lain apabila sudah lama tidak bertemu. Contoh boleh anda melihat di head banner blog ini.

Perjalanan aq ke Kelantan bermula dengan berjalan kaki ke perhentian bas. Untuk menunggu bas berhenti-henti atau taxi. Setelah sekian lama aq tunggu bas dan taxi akhirnya penantian aq terjawab. Dengan tambang RM 2.00 aq sampai di Terminal One dalam masa 10 minit.

Kemudian bermula perjalanan ke Kelantan dengan bas Trans 202. Masuk-masuk bas sahaja aq sudah terlelap sampailah ke sempadan Pahang-Kelantan untuk makan dan minum. Akan tetapi aq hanya meninggal kesan di sana dan membasuh muka sebab otak aq confuse aq berada di mana sekarang. Setelah naik ke bas semula aq menyambung semula aktiviti tidur aq. Sampai aq dikejutkan dengan geteran handset aq sebab Fahmi dan Bapak aq call setiap masa sehingga aq sampai di terminal Kota Bharu.

1st day at Kelantan.....

Fahmi jemput aq di baguanan TM, kemudian makan KFC di Lapangan Terbang PC. Setelah beberapa jam dan dah agak maghrib terus ke rumah Fahmi yang baru siap 3 bulan lebih. Main PS2 Winning E (PES 6). Macam biasa lah, aq kalah punya. Kemudian malam pulak aq di bawa ke Wakaf Che P.... (argh! aq lupa pula nama dia) ala-ala uptown sebab Fahmi hendak cari kasut basketball yang baru.

Kemudian pergi follow Fahmi ke warung "awek mantap" yang di usaha oleh tiga adik-beradik. Melayan Carling Cup antara Arsenal Vs. Chelsea. Perlawanan yang penuh controversi dimana J. Terry kena "Smash That" ha ha ha. Pergaduhan permain kemudian orang kulit hitam sahaja yang kena red card.

The Interview Day

Macam-macam kena tanya. Tell about yourself?, What DNA?, What PCR?, What Protien?. Soal personal pun ada "How about your GF?" aq jawab "Right now, she doing her master". Padahal aq reka sahaja jawapan itu. He he he. So Dr. Kiren tanya "so you want chase her, right?" Aq jawab "Yes". Setelah sejam lebih aq disoal jawab.Puh lega! terbelik lidah hendak speakingmat salleh. Ha ha ha.

Kemudian melawat tempat kerja G. Akan tetapi G pergi KB Mall buat contact lens. Maka pulang ke rumah Fahmi untuk rematch PES 6. Akhir aq berjaya seri akan tetapi kalah dipenentuan penanti. Kemudian bertemu dengan G yang dah lama tidak jumpa. Lepak sekejap sahaja kemudian aq terpaksa pulang ke Seremban kerana aq dah beli tiket return awal-awal lagi disebabkan aq berkerja besok.

Pukul 8.00 p.m sehingga 6.00 a.m dengan menaiki Trans 509 dan sepanjang perjalanan aq hanya tidur, tidur dan tidur. Sampai rumah dengan keadaan kelam-kabut kemudian terus pergi ke Shah Alam Sec 9 untuk meneruskan tugasan. Akhirnya aq lewat 1/2 jam.

Penat. Travel yang paling menenatkan sekali. Aq kena study sedikit untuk persediaan besok.

"Ya ALLAH bukalah pintu rezeki-ku seluas-luasnya di Stevian Biotechnology." ~ AMIN ~

1 ulasan:

فيصل berkata...

kelantan eh.. hehehe.. semoga berjaya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails