2007/01/24

Death Note 2 : The Last Name

Trailer Death Note 2 : The Last Name

Minggu lepas aq mendapat sms seperti berikut:

U HV WON DEATH NOTE 2 MOVIE TIX. PLS COLLECT FROM MEDIACORP OFFC AT 11 FLR MENARA YAYASAN SELANGOR, PJ B4 23/01/07.

Sender:

FHM

-------------------------------------------------------------------------------

Semalam 9.40 p.m - 12.00 a.m,

Aq dan Gman menonton tayangan perdana Death Note 2 : The Last Name di Cathay Cineplax Damansara. Filem ini mesti ditonton oleh sesiapa yang meminati Manga Death Note mahupun kaki-kaki wayang. Mungkin tanggapan di dalam minda anda jalan cerita di dalam filem ini lebih kurang sama dengan manga tersebut. Tetapi jawapannya tidak sama sekali kerana garapan filem ini amat berbeza sama sekali dengan manga yang telah anda baca. Di akhir babak mungkin anda akan dikejutkan dengan perubahan jalan cerita yang ketara berbanding dengan manga tersebut. Filem Death Note 2 : The Last Name akan ditayangkan seluruh Malaysia bermula 25/1/2007. Kepada sesiapa yang meminati Manga Death Note dan kaki-kaki wayang anda dinasihatkan menonton filem Death Note 2 : The Last Name ini. Kepada yang belum menonton Death Note The Movie dinasihatkan menonton Death Note The Movie sebelum anda menonton sequel filem iaitu Death Note 2 : The Last Name tersebut.

Gred: 4/5

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails