Sejak Sekolah Rendah
Kita telah diajar oleh cikgu-cikgu tercinta kita bahawa beratur sebelum menaiki bas dan kita dipesan dengan tegas bahawa juga jangan sekali-kali bertolak-tolakan dan memotong barisan. Cikgu kita juga pesan mengenai akibat berbuat demikian akan mengundang kemarahan orang lain dan kecerderaan pada diri kita sendirir dan orang lain. Masa itu, kita kecil lagi akal tak sempurna lagi maka kita masih berebut-rebut menaiki bas. Padahal makbapak kita dah bayar tambang bas sekolah untuk kita, so mengapa kita masih berebut-rebut kerana ingin hendak dapat tempat duduk atau kita rasa rugi saja makbapak dah bayar tambang tapi kita tak sempat naik. Jawapannya kerana kita masih berebut-rebut menaiki bas walaupun telah berbuih mulut cikgu kita berpesan kerana kita masih belum memiliki akal fikiran yang matang untung memikir baik buruk tindakkan kita, iakan kita masih sekolah rendah.
Ketika Sekolah Menengah
Kita masih berebut menaiki bas walaupun akal fikiran padahal dah boleh berfikir untuk bercinta dan menyelesikan masalah peribadi. Ini keran masa sekolah menengah kita dijangkiti sindrom naik bas trip terakhir walaupun ada bas yang seawal subuh pagi tapi kita masih ingin berebut menaiki bas yang trip terakhir sekali. Kalau tak silap kita dikejutkan awal-awal pagi oleh makbapak kita. Kita masih tunggu bas yang terakhir kemudian berebut dengan rakan-rakan lain konon-kononnya baru trill. Itulah dia sindrom naik bas trip terakhir. Kalau kita berebut ketika usia ini mungkin kita boleh salahkan pencipta sindrom naik bas trip terakhir ini.
Di Kolej Negeri
Kolej Negeri terletak kawasan pekan Rasah di Seremban. Kolej ini pun satu, asrama kat kawasn Mambau tapi bilik kuliah kat kawasan Rasah. Perjalanan dari asrama ke dewan kuliah tu ajak jauh kira-kira 15-20 minit jauhnya, maka kitaorang kena naik bas untuk kekuliah kerana masa ini kederaan peribadi (basikal, kereta, motosikal) tidak dilarang keras oleh Ustaz Santa untuk diguna pakai ke kuliah. Pada ketika ini, kalau anda seorang remaja lelaki tak guna siap awal sebab driver bas akan angkut chikas-chikas dahulu. Akan tetapi kerana jiwa memberontak kaum adam dan hawa saling berebut menaiki bas tak kira ingin datang kekuliah atau pulang asrama. Kadang aq tak faham apa yang diaorang kejarkan, oleh demikian selama setahun berebut-rebut menaiki bas Kolej Negeri tu. Ketika itu kita boleh salahkan pengurusan Kolej Negeri.
Di Universiti
Kita masih lagi berebut-rebut menaiki bas untuk ke kuliah. Dengan memberi alasan kekuliah perlu menaiki bas dengan cepat. Ketika ini kita dah tahu ada bas pada awal pagi dah disediakan oleh kerana kita dijangkiti sindrom bangun lambat maka kita semua berebut-berebut menaiki bas untuk mengejar masa kuliah kita. Ketika itu kita dah matang dah budak U dah boleh fikir kalau kuliah bermula 8.00 pg tu janganlah 7.59 pg baru nak tunggu bas kemudian berebut-rebut naiki bas.
Di Konvo UiTM
Aq masih nampak tabiat orang kita berebut-rebut bas untuk melihat anak-anak mereka bergelar graduan. Aq berfikir semula kenapa perlu berebut menaiki bas untuk ke Dewan Budiman, rasa yang UiTM sesiakan dah cukup kenapa kita masih lagi ingin berebut-rebut menaiki bas. Ketika itu, kita tak berfikir baik buruknya, tidak kira yag tua, yang muda, yang graduan, yang kecil, yang besar, yang kurus, yang gemuk, yang bertongkat, yang sakit ingin berrebut antara satu sama lain. Tukang salahkan orang kata driver bas salah, kata UiTM guna sistem salah.
Realitinya.............
Itulah realitinya orang-orang kita menaiki bas sentiasa berebut-rebut, mana perginya pesanan cikgu-cikgu kita yang dulu, mana perginya sikap berbudi bahasa kita dan sopan santun kita. Adakah masyarakat kita masih lagi kurang ‘civics minded’ ketika menaiki kemudahan awam tak kiralah menaiki bas, LRT, Monorail, STAR, Komunter. Oleh itu, beratur ketika menaiki kemudahan awam ini dan sekali menyalahkan orang lain selagi diri, sikap, dan daya pemikiran kita tak betul dan matang. Aq berharap, masyarakat kita akan mengubah sikap-sikap yang tidak sopan ketika menaiki kemudahan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan