2006/08/30

Busy




Blog ini sudah tidak aktif hampir 2 minggu oleh kerana sibuk dengan tugasan harian. untuk memastikan kewujudan aq disini maka aq ingin berkongsi kehidupan aq selama 2 minggu lepas. Firstly, aq mengikuti program INSEP, Natural Bio-Product under MIGHT. Aq mengikuti NATPRO seminar trade di PWTC 17-19 Ogos 2006. NATPRO telah memberi dan membuka minda mengenai peluang perniagaan dalam bioteknologi. Masalahnya sekarang kita kekurangan tenaga mahir, raw material dan produk herba kita tidak mengikut piawai global seperti ginseng walaupun mempunyai teknologi di dalam bidang herba dan natural bio-product.

Selepas itu, mengikut kelas seperti biasa. Kira-kira 25 - 27 Ogos mengikut krusus kat El-Azhar Camp (EAC), Banting. Selama tiga hari kat EAC memang seronok dan meletihkan. Aq dari group AMI Kaiser terpaksa makan tembikai yang sudah pecah bercampur dengan air longkang untuk memenangi tempat tidur yang lebih selesa di sebuah bunglow daripada sebuah khemah. Best tidur di bunglow 21 itu sebab boleh menggurangkan keletihan selepas beraktiviti selama 3 hari 2 malam. Oklah dan boleh tahan juga aktiviti yang dijalankan di sana.

Besoknya 28/08 aq kena pergi Sabah untuk urusan Konvokesyen aq di UMS. Leceh betul managment disini banyak sangat peraturan yang melecehkan. Sempena minggu kermerdekaan ini aq nak wish HAPPY MERDEKA DAY to all Malaysain. I am proud to be Malaysian. Malaysia Boleh!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails