Semalam Aq baru balik tengok sunrise di Tips of Borneo atau nama lain Simpang Mangazau. Aq rasa travel Aq yang paling memcabar, best dan gila sebab Kitaorang pergi dengan menunggang motor. Travel ke Tips of Borneo ini. Aq bergerak seramai 3 orang iaitu Aq, Kyoe dan Ipan. Kos perjalanan tidaklah mahal sangat cuma berbelanja Ringgit Malaysia 30 sahaja untuk kos minyak. Kenderaan yang kitaorang gunakan adalah Honda EX-5 milik Wak Moon dan Yamaha RX- milik Agul. Kalu sesiapa yang pernah pergi Tips of Borneo mesti tidak percaya. Engkau orang tauhkan ? Jalan ke Tips of Borneo itu 3/4 berturap dan 1/4 tidak berturap. Perjalanan kita orang ke tTips of Borneo itu sepanjang 170 km dari Kota Kinabalu (jauh oi). Masa perjalanan pula mengambil 4jam untuk pergi dan 4 jam untuk pulang.
Travel nkali ini bermula dengan cadangan Ipan untuk melihat sun set dekat Tips of Borneo, akan tetapi kitaorang ubah plan bergerak malam untuk melihat sun rise. Perjalanan ini bermula pada 0115 dari Shell berhampiran Kawasan Perumahan Kingfisher. Sepanjang perjalanan memang best + seram + enjoy = giler. Bab best masa tengok bulan mengambang hampir penuh dan kelihatan bintang-bintang, bab seram apabila trafic suram sahaja dan jalan yang gelap, bab enjoy pula masa pukul 0558 - 0600 tengok sun rise, burung-burung mula mencariperiuk nasi diaorang dan nelayan mula hidup enjin bot masing-masing. Kitaorang sampai kat tips of borneo lebih kurang 0515 masa tu aku tergaman macam tak sangka aku boleh sampai hanya bermotor sahaja. Kitaorangg balik dari Tips of Borneo dalam jam 0730, masa balik kitaorg penat dan sampai dekat rumah lebih kurang 1118. Dan baring dekat katil dan terus tidur.
p/s: terubat la sikit holiday aku yang suck ini, mungkin kitaorang akan pergi ke Labuan dengan kederaan yg sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan